Home / Viral / Santai / Kenaikan Harga Tepung Gandum, Pengaruhi Harga Biskut Dan Kuih Raya

Kenaikan Harga Tepung Gandum, Pengaruhi Harga Biskut Dan Kuih Raya

Tinggal 11 hari dan 42 hari sahaja lagi untuk rakyat Malaysia meraikan kedatangan Ramadan serta Aidilfitri pada tahun ini. Namun dalam tempoh tersebut, ini bermakna para peniaga perlu bersiap sedia akan risiko kenaikan kos dan kenaikan harga jualan kepada pengguna.

Antara tumpuan risiko kenaikan yang dijangka berlaku adalah jualan biskut dan kuih raya.

Seperti yang umum sedari, harga tepung gandum telah mula meningkat sejak Februari lalu dan dijangka terus meningkat menjelang Ramadan 2022 ini. Maka ia secara langsung akan memberi kesan kepada peniaga biskut dan kuih raya.

Mengikut laporan, situasi itu dijangka berlarutan sehingga Mei 2022 ini. Dilema ini sekaligus memberi bebanan kepada peniaga untuk memperolehi keuntungan, disamping perlu menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna.

Meskipun tiada sebarang jaminan pengawalan buat masa ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) minggu lalu akan memantau harga tepung tidak bersubsidi – sekiranya terdapat aduan peningkatan mendadak, tindakan perundangan akan diambil melibatkan kesalahan mencatut di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada peniaga terlibat.

About admin2

Check Also

MAKCIK JUAL KEROPOK DEMI S4RA ANAK 5 ORANG,DAPAT RM 7 SEHARI “ANAKKU MN1NGG4L SEBAB KESUS4HANKU DIK”

Pen1aga jal4nan adalah insan yang tidak pernah kenal erti p3nat untuk mencari sesuap nasi d3mi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.