Home / Makanan / Resepi Masak Lemak Udang Dengan Timun Tua

Resepi Masak Lemak Udang Dengan Timun Tua

Masak Lemak Udang dengan Timun Tua

 

Bahan bahan:

1 kg udang – buang kulit tengah

1 biji timun tua – rebus seketika

2 tangkai cili merah

6 tangkai cili padi

4 ulas bawang putih

1 1/2 inci kunyit hidup

Garam

Gula

1 kg santan pekat

2 batang serai – ketuk

2-3 helai daun kunyit

 

Cara cara:

Timun dibuang kulit, biji dan dipotong. Rebus terlebih dahulu sehingga lembut. Saya tak rebus kerana timun sudah masak dan lembik.

 

Kisar cili merah, cili padi dan bawang putih. Masak bahan kisar dengan sedikit air sehingga mendidih. Kemudian dituangkan santan dan masukkan daun kunyit dan serai sehingga mendidih dengan api perlahan sambal terus dikacau.

 

Setelah santan mendidih, masukkan udang dan timun. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

 

Nota:

Boleh juga jika mahu menumis bahan kisar dengan sedikit minyak sebelum dimasukkan santan

 

Kredit : Azie Kitchen

About admin2

Check Also

Resepi Nasi Ayam Sedap, Suri Rumah Wajib Cuba

Siap dah nasi ayam memikat hati suami ni😋 Saya share resepi nasi ayam ye Ayam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.