Home / Semasa / Ulasan Dan Penilaian Dari Sudut Pandangan Seorang Profesor Madya | MyBlog

Ulasan Dan Penilaian Dari Sudut Pandangan Seorang Profesor Madya | MyBlog

Hanya dalam masa 3 hari, video muzik terbaru Dato’ Seri Vida (DSV) yg berjudul Ku Ikhlaskan ditonton sebanyak 1.6 juta kali di YouTube.

Menurut penerangan yg dibuat oleh pihak DSV Entertainment di ruangan komen, lagu ciptaan komposer Amy UKAYS bersama DSV itu mengisahkan tentang liku-liku kehidupan peribadi DSV sendiri yg penuh dengan keperitan, kehilangan & kecaman bertubi-tubi yg ditempuhinya selama ini.

DSV turut memaklumkan bahawa pembikinan lagu & video muzik Ku Ikhlaskan tersebut juga dibuat sebagai usahanya utk mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh.

Beliau juga mengajak orang ramai utk sama-sama menyumbang & merebut peluang saham akhirat dengan menyertakan sekali nombor akaun Maybank DARUL TAHFIZ DS VIDA kepada sesiapa yg ingin menghulurkan sumbangan.

Pembikinan lagu & video muzik Ku Ikhlaskan yg menelan belanja sebanyak RM400 ribu tersebut juga mendapat perhatian Profesor Madya Teknologis Profesional Dr. Ramzah Dambul, Ketua Pegawai Eksekutif Institute for Development Studies (Sabah) yg juga merupakan mantan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau yg telah menonton video muzik terbaru dari DSV tersebut sempat memberikan sedikit ulasan terperinci mengenainya melalui satu penulisan menarik yg dibuatnya di Facebook.

Rem Dambul

1

Kelmarin, pagi-pagi buta jam 3am, ketika hantu-hantu sedang ripuh bergelinjang di kuburan, Dato’ Seri Vida lancarkan video muzik “Ku Ikhlaskan” di YouTube. Mungkin k3rana pemilihan waktu upload yg seram begitu, lagu ini betul-betul jadi “berhantu”.

Sambutan umat netizen sangat hangat & meriah. Rata-ratanya memberi reaksi positif. Dalam tempoh kurang sehari, jumlah tontonan sudah hampir sejuta.

Serius, saya sendiri terpanah, terpesona & terhibur level nuraka. Ya bah, keterujaan itu sudah seperti kawah api yg marak menggelagak. Rasa siok sampai hilang kawalan diri.

2

Melodi & gubahan muzik memang mantul. Paling saya suka, liriknya yg menusuk. Puitis membuai-buai.

Tapi masih ada juga beberapa sisi gelap video muzik ini. Misalnya, persembahan vokal Vida yg agak sendu. Macam siput sedut terbenam di selut yg maha dalam, sampai tak cukup oksigen.

Tapi mana ada karya seni yg serba-serbi sempurna, kan? Lagi pun, dia bukan penyanyi pro. Untuk kategori amatur, suara itu sudah lebih dari ok. Yang penting, mesejnya sampai.

Begitu juga, casting watak dalam cerita lagu, agak curiga. Sudah pupuskah model lelaki separuh baya di Malaysia utk dipadankan dengan Vida? Kenapa mesti guna anak ikan? Nampak macam kisah seorang nenek yg obses dengan cucu. Ada sedikit elemen sumbang mahram secara tersirat, kan?

Tapi rasanya itu cuma prejudis personal & fantasi jahat saya. Mohon abaikan. All in all, karya ini fantabulously amazing.

3

Saya suka keseluruhan konsep & naratif video ini, walau pun tatarias prop melampaui siuman. Jumlah tekstil utk bikin baju saja, mungkin perlu tiga gudang. Kain utk telekung itu pun, stock satu KAMDAR boleh habis. Saiznya lebar gila; sama besar dengan kiswah penutup ka’abah.

Tapi penataan seni, memang kelas level galaksi. Penuh dengan adunan semiotik & simbolik yg berlapis-lapis. Ala-ala video muzik Lady Gaga & Madonna. Very often over-the-top, but always artistically well presented.

Saya paling suka scene di atas papan catur. Metafora paling tepat utk menggambarkan keluk liku & simpang siur percaturan hidup. Twist pada hujung cerita pun, sangat dramatik & menyentak nurani. I seriously didn’t expect it coming.

Plot ironi itu melontar mesej sinikal yg signifikan. Semua manusia ada peluang utk kembali semula kepada fitrah. Ya, pulang menemui katarsis rohani & mengakrabi Sang Pencipta. Biar pun dahulu pernah kasmaran duniawi, bergelumang dengan segala kilau materi & silau hedonis berwarna-warni.

Ingat bahawa kitar itu juga boleh berlaku secara terbalik. Dari hidupmu kudus, bertukar durjana. That is why, never judge the choices made by others. Sebab tiada siapa pun tahu bagaimana penghujung kita sendiri akan berakhir. Itu rahsia mutlak Tuhan.

4

Seperti biasa, kritikan pada Vida datang bertele-tele. Itu biasalah. Mulut seorang Cik Kiah jiran sebelah rumah pun, susah mau tutup. Apatah lagi mulut jutaan netizing di seluruh internet raya.

Tapi cuba renung sejenak. DS Vida ini, meski dengan segala provokasi karenah & geletisnya, barangkali mampu menjadi cermin terbaik tentang kehidupan. Satu refleksi yg menyedarkan kita semua tentang dunia hipokrasi. Tentang manusia talam dua muka, & polis moral acah-acah.

Ramai mengutuk penampilan DS Vida, yg dianggap kebaru-baruan. Dikata sengaja promosikan budaya materialistik, & mengagungkan perhambaan pada wang harta.

Biarlah bah. Sekurang-kurangnya dia jujur mahu menjadi diri sendiri. Tidak berselindung di balik topeng. Ramai yg suci pura-pura, konon aktivis agenda sosial. Tapi duit dalam akaun luar negara, juta berkepuk-kepuk. Ntah dari mana bapa dia rompak.

5

Ramai manusia sebenarnya malu menjadi diri sendiri. Akhirnya mereka membesar tanpa cinta, tdk pernah rasa bahagia. Hanya taksub menyalahkan takdir, asyik bersengketa dengan orang sekeliling & sepanjang hayat membenci diri sendiri.

So, baguslah ada DS Vida. Di celah kata-kata nista yg menimbun, dia mengajar kita berbangga dengan keunikan masing-masing. Bukan suruh jadi macam dia. Tapi meniru kejujuran & keberanian dia. Live your life, don’t just exist.

Kau kutuk dia menjual barang-barang propa. Konon bahan kosmetik yg ntah ap4-ap4. Gigih kau membalun dengan segala hujah sains kesihatan.

Tapi kau pengecut pula mau melawan industri rokok yg gah mendunia. Kau juga tdk berani mencabar rangkaian fast food KFC & McD. Padahal jualan mereka bukan saja karsinogenik, bahkan boleh jadi punca kronik diabetis & obesiti.

Kau single out Vida kenapa? Sebab dia cuma seorang usahanita tempatan, yg begitu kerdil di sisi kapitalis-kapitalis gergasi global? Iya la, lebih senang utk kau buli & kecam bertubi-tubi. Kan?

6

Saya bukan peminat tegar DS Vida. Saya juga bukan pemuja setia gaya hidup ekstravaganza dia. Bahkan, saya tdk ambil pusing pun ap4 dia buat sehari-hari.

Tapi kalau tiba-tiba tercampak rambang ke sebuah kebun; saya suka menjadi lebah yg tekun mencari bunga-bunga mekar. Buat ap4 menjadi lalat yg cuma gigih mencari bangkai binatang liar. Kan?

Prinsip hidup ini mudah saja, dik. Kita akan jumpa ap4 yg kita damba. Niatmu akan memandumu menuju pilihan-pilihan yg kau cari. Jika kau cari yg buruk-buruk, maka kau tdk akan dapat yg baik-baik.

Tahniah Vida. Saya sungguh terhibur & amat terinspirasi dengan “Ku Ikhlaskan”. Terima kasih.

Sumber & kredit foto: Facebook Rem Dambul

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.