Home / Semasa / Budaya ‘Prank’ Suami-Isteri Makin Menjadi, Benarkah Ia Bercanggah Dengan Syarak? | MyBlog

Budaya ‘Prank’ Suami-Isteri Makin Menjadi, Benarkah Ia Bercanggah Dengan Syarak? | MyBlog

Semata-mata nak menarik perhatian & cepat jadi viral, penghasilan konten yg merapu di media sosial dilihat semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Kalau sebelum ini, pernah tular satu trend di TikTok yg melibatkan pasangan suami isteri beragama Islam seronok menjalankan upacara ‘unboxing’ di malam pertama, kali ini timbul pula trend terbaru memalukan isteri ketika meraikan sambutan hari lahir & ulangtahun perkahwinan.

Klip video ‘prank’ mengenakan pasangan tersebut kemudiannya dimuat naik ke media sosial utk dipertontonkan kepada orang ramai semata-mata utk dijadikan bahan lawak.

Perkara ini ditegur oleh Ustaz Muhammad Fahmi Rusli di laman Facebooknya yg kesal dengan keruntuhan akhlak umat Islam pada hari ini yg dilihat semakin sukar utk dibendung.

Semoga pendedahan & teguran dari beliau ini dapat dijadikan peringatan & muhasabah buat diri kita. Insya-Allah.

Muhammad Fahmi Rusli

Kebelakangan ini, saya banyak melihat video ada perempuan yg datang ke rumah seorang perempuan lain, memberitahu yg suaminya curang/kacau perempuan lain.

Rupa-rupanya perempuan yg datang ini telah bersubahat dengan si suami, utk ‘prank’ isterinya.

Akhirnya, di hujung video diucaplah “Happy Anniversary”, “Happy Birthday”.

Dari sudut agama, perbuatan ini adalah tdk syar’ie iaitu bercanggahan dengan ajaran syarak. Ya, sekalipun dengan tujuan melawak.

‎Rasulullah SAW sebut:

‎لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا

‎Maksudnya: Tidak halal bagi seorang muslim menakutkan muslim yg lain.

Riwayat Abu Daud (5004).

Latar belakang hadis tersebut, menceritakan bahawa para sahabat Rasulullah bermusafir bersama baginda pada suatu malam. Tiba-tiba ada dalam kalangan mereka, yg mengambil tali milik seorang lelaki yg turut bersama dalam permusafiran tersebut.

Ketika itu, lelaki tersebut sedang tidur. Tujuan mereka adalah utk bergurau. Sebaik lelaki itu bangun, dia rasa terkejut & risau k3rana tali miliknya telah hilang.

Maka Rasulullah SAW pun menyebutkan larangan menakutkan seorang muslim seperti yg dikongsikan di atas.

Kadang apabila kita melihat video-video tersebut, jelas terpancar perasaan dukacita, marah yg dipendam, tangan menggeletar geram oleh si isteri.

Namun akhirnya, semua perasaan itu diabai & dibiar, hanya k3rana ini adalah “prank” semata-mata.

Umat Islam yg sudah tahu hukum, jauhilah perbuatan seperti ini.

Sumber & kredit foto: Facebook Muhammad Fahmi Rusli

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.