Home / Semasa / ‘Dulu RM5 Kini Mencecah RM10’ – Netizen Persoalan HARGA Ayam Gunting Yang Makin Mahal

‘Dulu RM5 Kini Mencecah RM10’ – Netizen Persoalan HARGA Ayam Gunting Yang Makin Mahal

Siapa sahaja yang tidak suka makan ayam gunting, betul? Kepingan isi ayam yang digoreng ranggup dan ditaburi perasa pedas, lalu dimakan panas-panas memang ‘ngam’.

 

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @Abeyricano telah berkongsi keluhannya dan mahu penjelasan mengapa harga ayam gunting kini semakin mahal mencecah RM10.

 

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen bersetuju dengannya mengatakan harga ayam gunting memang sudah mahal berbanding dahulu.

 

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut berpendapat perkara ini terjadi disebabkan beberapa faktor seperti inflasi. Malah, ada juga netizen mendakwa saiz ayam gunting sudah kecil dijual dengan harga mahal dan tidak berbaloi.

 

Akan tetapi, ada juga netizen mengatakan sebagai pembeli memang akan terasa mahal tetapi banyak kos yang perlu ditanggung oleh peniaga ketika ini kerana harga ayam mentah di pasaran juga mahal.

 

Sementara itu, segelintir netizen juga mencadangkan pihak bertanggungjawab agar memantau harga barangan mentah agar tidak terlalu mahal sehingga rakyat terbeban.

 

Kredit : Vocket

About admin2

Check Also

Kisah Tragedi Gua Tham Luang Bikin Ramai Kaum Lelaki Nangis | Article Update

Kisah operasi menyelamat di Gua Tham Luang, Thailand pada tahun 2018 yg menggemparkan dunia sebelum …

Leave a Reply

Your email address will not be published.