Home / Semasa / Ketahui Rahsia Sebenar Kejayaan Bill Gates Yang Ramai ‘Sifu Bisnes’ Tak Nak Beritahu | MyBlog

Ketahui Rahsia Sebenar Kejayaan Bill Gates Yang Ramai ‘Sifu Bisnes’ Tak Nak Beritahu | MyBlog

Ramai yg mengenali Bill Gates sebagai seorang tokoh usahawan berjaya & merupakan salah seorang individu terkaya di dunia.

Kisah kejayaan beliau sering dicanang sebagai hebat & luar biasa serta dijadikan inspirasi buat guru-guru sekolah, penceramah motivasi mahupun ‘sifu-sifu bisnes’.

Salah satu ‘kehebatan’ Bill Gates yg paling popular ialah bagaimana beliau walaupun tdk habis belajar dari Harvard University, masih mampu menakluk dunia dengan Microsoft.

“Tak habis universiti pun boleh kaya-raya, ap4 guna belajar tinggi-tinggi? Baik buat bisnes macam Bill Gates! Boleh juga jadi bilionair!”

Kata-kata tersebut mungkin sering kita dengar dari founder produk & sifu bisnes di Malaysia ini yg menawarkan kisah kejayaan Bill Gates utk membakar semangat anak-anak muda yg masih tdk memiliki sebarang kelulusan tetapi telah dipancing utk menceburi bidang perniagaan.

Namun, sebenarnya masih ramai yg tdk mengetahui sisi gelap di sebalik kejayaan Bill Gates ini & ‘otai-otai’ jutawan ini pula seolah-olah tdk tahu atau tdk mahu berkongsi cerita sebenar.

BACA: Alasan Kenapa Bill Gates Tidak Mahu ‘Menantu Miskin’

Siapakah Bill Gates atau nama sebenarnya William Henry Gates III ini? Bagaimanakah beliau dapat mengecapi kejayaan luar biasa seawal umur 30-an? Adakah wajar beliau yg ‘tak habis belajar’ ini kita jadikan contoh?

Untuk dijadikan pengajaran bersama, seorang pengguna Facebook, Mohd Nizam telah membuat satu perkongsian menarik bagi mengupas kisah sebenar kejayaan Bill Gates ini yg ramai orang tak tahu.

Bill Gates dropout

Billionaire & Hakikat

Bill Gates jadi billionaire semasa umur beliau sekitar 31 tahun, pada tahun 1987 – Billionaire termuda pada masa itu.

Kemudian, 8 tahun kemudian, tahun 1995, beliau jadi individu paling kaya di dunia dengan net worth USD11.9 billion.

Cerita yg popular adalah Bill Gates dropout dari Harvard University.

Kemudian yg guru-guru bisnes di Malaysia ramai canangkan adalah…

“Tak pergi universiti pun, boleh jadi kaya raya. Pastu kalau pergi universiti, nanti habis belajar, kerja jadi kuli!”

****************

Sebelum basahkan kepala dikencing guru-guru bisnes tu, dik, meh abang kongsikan sikit cerita yg kurang popular pasal Bill Gates:-

Bapak Bill Gates, namanya William Henry Gates II, atau lebih dikenali sebagai Bill Gates Sr. Dia ni adalah lawyer yg kaya-raya. Siap ada firma sendiri, namanya Shidler McBroom & Gates (kemudian, selepas merger, jadi firma nama K&L Gates).
Mak Bill Gates pula, namanya Mary Ann Maxwell Gates, dia adalah Ahli Lembaga Pengarah bagi United Way, sekitar tahun 1980. United Way ni ap4? It is an international network of over 1,800 local nonprofit fundraising affiliates. Ya, sebegitu punya besar organisasi, mak dia adalah Ahli Lembaga Pengarah kat situ. Kalau tak salah, pernah jadi Chairman.
Bill Gates ni, sebelum masuk Harvard, dia masuk sekolah namanya Lakeside School (Seattle). Sekolah swasta, dik. Dalam satu interview, dia cerita kawan-kawan sekolah dia, rileks je ramai bawak Porsche pergi sekolah. Him being schooled there, adik rasa Bill Gates ni, asal anak orang B40 atau M40 atau bukan kedua-duanya?
Kenapa mention pasal mak bapak Bill Gates? Simple. Sebab mak bapak dia yg mainkan peranan besar tdk didendang oleh sifu-sifu bisnes yg buat kelas harga beribu-ribu & ada menari-nari tu.

*********************

Bapak Bill Gates tu, lawyer. Lawyer yg power & client base pun, high profile personnel je. Masa Microsoft mula up dulu, ada je start-ups lain up juga. Tapinya mostly kena bedal dek bapak Bill Gates dari sudut legal sama ada patent rights atau ap4 sahaja ruang yg dia boleh bedal. Basically, he helped to kill-off competitions for his son’s company.
Mak Bill Gates pula, networking dia luas gila. Antara saudara mara dia adalah President National City Bank in Seattle & Director (Seattle Branch) bagi Federal Reserve Bank of San Francisco.
Mak dia, Ahli Lembaga Pengarah United Way. Dalam Lembaga Pengarah United Way tu pula, ada seorang pakcik ni, namanya John Opel.
Siapa John Opel? Tak dik, dia bukan sedara John Cena yg gusti WWE tu. John Opel ni, dia adalah Chairman syarikat bernama International Business Machine Corporation.
“International Business Machine Corporation” tu ap4? Nama glamer dia yg orang panggil, “IBM” – ya, syarikat gergasi tu.
IBM ni juga, syarikat gergasi yg tiba-tiba bagi peluang kepada satu syarikat start-up bernama “Microsoft” pada tahun 1980, utk develop software for it’s first personal computer. 7 tahun lepas tu, tauke Microsoft, Bill Gates, jadi billionaire termuda dunia.

Adik rasa, mak Bill Gates ada mainkan peranan tak dalam deal Microsoft-IBM ni, since dia sama-sama dalam Lembaga Pengarah United Way dengan John Opel?

*****************

Abang takkan sekali-kali diskaun atau menidakkan kebolehan Bill Gates. Beliau power, cerdik, billionaire & deserve what he has today.
Yang abang nak menidakkan adalah statement & dakyah populis yg menyatakan everyone can be a billionaire by themselves – bersendirian, or by usaha alone.
Dakyah populis sebeginilah yg buat ramai orang kena scam masuk jadi businessman terutama kononnya founder syarikat & produk. Even worse, kena tipu dek sifu-sifu bisnes & duit habis beribu-ribu, pastu dapat self-confidence dari fakta separa benar.
Bill Gates, sebagaimana ramai (bukan semua) young achievers sekarang ni, kebanyakannya adalah groomed and designed to be rich. They have all the resources needed to be rich. Keluar je dari rahim mak dia, memang diletak terus dalam dulang emas & dah disambung terus ke influential people (bukan influencer Instagram tu!).
Kesimpulannya, kalau adik bukan dalam kategori dengan leverage macam atau persis Bill Gates, janganlah percaya atau terpesona dengan geng-geng penipu sifu-sifu bisnes ni. Abang ramai jumpa yg kena kelepet, dik. Kesian, tapinya, nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur, bukan jadi billionaire macam Bill Gates.
Jangan juga adik remehkan orang kerja makan gaji. Mungkin, depa ada plan nak sediakan laluan & kemudahan terbaik utk anak & keluarga depa – tak semestinya jadi billionaire, tapinya mungkin utk ada kerjaya & jadi orang. Setiap orang ada laluan & rezeki masing-masing.

Bukan nak lemahkan semangat adik kalau nak jadi peniaga, tapinya, sebelum buat keputusan, adik perlu tahu akan hakikat & tdk berpandu sifu-sifu bisnes semata-mata.

Oh ya, sekiranya adik terdengar orang sembang cakap tak perlu belajar kalau nak berjaya atau masuk universiti ni tiada guna, ingatlah yg Bill Gates ada anak 3 orang, kesemua anak dia, masuk universiti; 2 orang di Universiti Stanford & seorang di Duke University.

Sekian.

In the pic: Bill Gates bersama mak ayah dia, masa wedding dia. Masa ni, tahun 1994 kalau Pak Cik Google tak salah, setahun sebelum dia jadi orang paling kaya di dunia – dah billionaire dah masa ni.

Sumber & kredit foto: Facebook Mohd Nizam

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.