Home / Viral / Negara Perlukan Strategi Kukuh Dan Pemimpin Berintegriti Untuk Pulihkan Ekonomi – Johari Ghani

Negara Perlukan Strategi Kukuh Dan Pemimpin Berintegriti Untuk Pulihkan Ekonomi – Johari Ghani

Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani meluahkan kebimbangan beliau terhadap ekonomi negara yang kian merosot. Beliau berpendapat kemerosotan itu perlu diundur atau lebih ramai yang akan menderita.

Johari berkata perkara paling penting yang diperlukan ketika ini adalah kestabilan politik. “Seorang ketua yang berpengalaman, efisien dan dipercayai penting untuk mengemudi negara keluar daripada kemelut politik dan ekonomi ketika ini,” kata Johari.

Pelaburan dari luar yang berkurangan dan perkembangan ekonomi negara yang membimbangkan

 

Johari berkata berdasarkan kepada petunjuk-petunjuk utama seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Pelaburan Langsung Asing (FDI), pertumbuhan pendapatan per kapita dan jumlah hutang negara, Malaysia berada pada kedudukan yang membimbangkan.

“Kedudukan ekonomi negara sungguh membimbangkan saya. Kalau kita lihat beberapa indikator (petunjuk) ekonomi, ia tidak menunjukkan kita berada dalam kedudukan yang selesa.

Dari segi KDNK tahun 2021, ekonomi kita berkembang pa­ling corot jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN lain,” kata Johari.

Jelasnya, Malaysia hanya berkembang 3.1 peratus berbanding Filipina 7.4 peratus, Kemboja 6.8 peratus, Vietnam 6.7 peratus dan Indonesia 6.1 peratus.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Johari turut menzahirkan kebimbangan terhadap jumlah hutang negara yang meningkat dari RM686 billion pada 2018 hingga mencecah lebih RM1 trillion pada tahun lalu, iaitu peningkatan RM320 billion.

Dengan hutang-hutang yang begitu tinggi, pembayaran faedah juga makin bertambah sehingga mencecah lebih RM42 billion setahun. Sedangkan pendapatan negara tidak berkembang selari dengan pendapatan kerajaan.

Sukar untuk Malaysia kembali menikmati pertumbuhan ekonomi sewaktu Barisan Nasional memegang tampuk pemerintahan kecuali satu strategi ekonomi jangka pendek dan jangka panjang dilaksanakan dalam masa terdekat.

Disebabkan itu penting untuk seorang pemimpin yang cekap dan berpengaruh mengemudi negara di samping negara berada dalam kestabilan politik.

“Agak sukar kita mengatasi (kejatuhan ekonomi). Yang pasti­nya kita perlu ada tiga perkara penting iaitu kestabilan politik – de­ngan mendapat mandat baharu dan yang meyakinkan supaya kerajaan boleh menggubal dan melaksanakan polisi-polisi yang tidak popular bagi membaik pulih semula ekonomi ini tanpa menyebabkan kerajaan itu akan dijatuhkan.

Negara juga memerlukan pemimpin-pemimpin yang mempunyai pengalaman dan kecekapan (competency) dalam urusan membaik pulih ekonomi ini. Negara juga perlu mempunyai pemimpin-pemimpin yang mempunyai integriti dan dipercayai rakyat,” ujar Johari.

Sebelum ini, Johari Ghani pernah mengeluarkan pandangan bahawa Perdana Menteri Malaysia akan datang tidak boleh ada cita-cita politik jangka panjang. Baca lagi pada pautan di bawah.

About admin2

Check Also

Tidak Sanggup Kongsi Dosa, Netizen Puji Kedai Jahit Tolak ‘Alter’ Seluar Ketat Bagi Perempuan

Pada hari ini memang mudah untuk kita dapatkan pakaian kegemaran sendiri, hanya perlu buka telefon …

Leave a Reply

Your email address will not be published.