Home / Semasa / Pelakon Sharifah Aminah meninggal dunia | MyBlog

Pelakon Sharifah Aminah meninggal dunia | MyBlog

PELAKON veteren, Sharifah Aminah Syed Abdullah, 76, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang, dekat sini, jam 6.40 pagi ini.

Berita sedih itu disahkan anak sulungnya, Wan Monaliza Jamali.

Wan Monaliza berkata, arwah ibunya yg berada dalam keadaan separuh koma sejak tiga tahun lalu mula sesak nafas selepas waktu Maghrib, semalam.

“Saya menghubungi hospital apabila arwah ibu mula sesak nafas. Apabila arwah terbaring dalam keadaan separuh koma, tdk dapat dipastikan apakah jangkitan yg berlaku.

“Namun, Allah lebih menyayanginya. Saya berada di sisinya & sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah, pagi ini. Saya dapat tatap wajah arwah buat kali terakhir, sebelum tutup mata.

“Cuma, segala-galanya terbatas dalam situasi semasa pandemik COVID-19. Malah, arwah ibu juga harus melakukan ujian calitan. Ia prosedur biasa yg harus dilalui bagi memastikannya positif atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Wan Monaliza berkata, dia sebolehnya mahu mempercepatkan pengebumian.

“Kami merancang mengebumikan arwah di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Kantan, Kajang, hari ini,” katanya.

Sebelum ini, Sharifah Aminah yg membintangi filem Mama Oh Mama & Esok Untuk Siapa mengalami pendarahan otak & serangan angin ahmar. Beliau rebah di sebuah restoran ketika menikmati makan malam bersama beberapa teman rapat pada September 2018.

Berikutan itu, Sharifah Aminah atau mesra disapa Kak Pah dikejarkan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) & terlantar selama empat bulan.

Atas persetujuan bersama, anak-anak terpaksa menghantar Sharifah Aminah ke sebuah pusat jagaan warga emas di ibu kota. Bagaimanapun, Wan Monaliza tdk mampu membayar kos penjagaan ibunya sejak diberhentikan kerja & membawa pulang ibunya ke rumah, tahun lalu.

Arwah meninggalkan dua cahaya mata & tiga cucu.

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Allahyarham Bob Lokman Dan Salasilah Keluarganya Yang Ramai Tidak Tahu | Article Update

Pemergian pelakon & penulis lirik terkenal, Allahyarham Bob Lokman, 58 sememangnya meninggalkan kesan yg besar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.