Home / Semasa / Rawatan Di Rumah Untuk Memulihkan Semula Deria Bau Yang Hilang Akibat COVID-19 | MyBlog

Rawatan Di Rumah Untuk Memulihkan Semula Deria Bau Yang Hilang Akibat COVID-19 | MyBlog

Salah satu dari gejala atau simptom yg sering dialami oleh mereka yg pernah dijangkiti COVID-19 adalah kehilangan deria bau.

Walaupun badan sudah kembali sihat, ada yg masih mengalami masalah ini meskipun sudah melebihi tempoh 2 minggu serta telah pulih dari jangkitan.

Ini pastinya mengganggu serta menjejaskan emosi bekas pesakit k3rana deria bau sememangnya amat penting utk digunakan dalam aktiviti kehidupan seharian.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi akaun Facebooknya telah membuat satu lagi perkongsian bermanfaat sebagai ikhtiar utk memulihkan semula deria bau yg telah hilang.

Walaupun latihan ini dapat dilakukan sendiri di rumah, orang ramai masih digalakkan utk berjumpa dengan doktor bagi membuat pemeriksaan lebih-lebih lagi sekiranya masalah tersebut berlarutan.

Rawatan COVID-19

“Selepas 2 minggu saya kena COVID-19, saya masih tak boleh bau. Apa boleh saya lakukan, doktor?”

Deria bau & rasa adalah antara deria yg penting dalam kehidupan. Tanpa deria bau, kualiti hidup akan terjejas. Makanan akan jadi kurang enak & haruman akan tiada lagi bererti.

Selain itu, fungsi deria bau adalah utk mengenal pasti bahaya di sekeliling kita. Melalui bau, kita boleh ada bahaya: Contoh: bau asap, bahan kimia, makanan basi, pereputan & sebagainya.

Oleh itu, kehilangan deria bau adalah sesuatu yg tdk remeh. Ia perlu dirawat dengan segera & teliti. Lebih lambat dirawat, maka potensi utk ia menjadi kekal, lebih tinggi.

Sesetengah orang yg dijangkiti COVID-19, akan mengalami kehilangan deria bau, sama ada kehilangan separa atau kehilangan penuh. Lazimnya gejala ini akan hilang selepas 2-3 minggu.

Jika anda masih alami kehilangan atau kekurangan deria bau selepas 2 minggu, anda disarankan utk berjumpa doktor utk diperiksa. Jika ada keperluan, maka anda akan dirujuk kepada pakar ENT.

Apa rawatan yg dilakukan utk pulihkan semula deria bau?

1) Terapi Latihan Bau (Smell Re-training Therapy)

Terapi ini fokus kepada melatih semula sel olfaktori (bau) utk mengenal pasti bau-bau. Terdapat 4 kategori bau yg biasa dilatih semula iaitu bau floral, herba, buah & resin.

Floral = bau bunga : ros / melur / lavender

Herba = bau rempah : cengkih / buang lawang

Buah = bau buah sitrus : lemon / limau

Resin = bau getah pokok : eucalyptus

Latihan bau ini boleh dilakukan di rumah dengan mudah & selamat. Boleh gunakan bahan-bahan segar utk 4 kategori bau ini, atau gunakan minyak pati (essential oil).

Caranya: hidu setiap bahan mewakili ini selama 20 saat setiap satu. Pastikan selama 20 saat itu, anda fokus kepada bau tersebut. Ulang latihan ini, dua kali sehari. Ulang sehingga deria bau kembali.

*Peringatan! Latihan ini bukan rawatan utk mencegah atau memulihkan jangkitan COVID-19. Ia adalah ikhtiar utk memulihkan semula deria bau yg telah hilang.

2) Ubat (Decongestant/Antihistamine/etc)

Kadangkala kehilangan bau itu akibat laluan udara dalam hidung tersumbat ekoran bengkakan dindingnya atau hingus yg pekat. Ia biasa dikaitkan dengan keradangan.

Kerandangan ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan seperti antihistamin, semburan steroid, & sebagainya. Untuk dapatkan ubat-ubat anda disarankan utk berjumpa doktor dahulu.

Doktor hanya akan memulakan rawatan dengan ubat-ubatan setelah pemeriksaan dilakukan, & pasti ia sesuai serta ia tdk menambah risiko kemudaratan.

*Peringatan! Pengambilan ap4-ap4 ubat-ubatan atau suplemen tanpa berbincang dengan doktor, tdk digalakkan. Ini bagi mengelakkan penggunaan ubat yg salah & tdk berkesan.

***

Jika ada sebagai kerisauan, kemusykilan & keraguan, eloklah berjumpa doktor dahulu utk konsultasi. Boleh ke klinik kesihatan atau klinik swasta berhampiran anda.

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor SadanKesihatan & Perubatan

BACA: Lelaki Dakwa COVID-19 Hilang Lepas Keluar Berjoging Ketika Positif, Ini Respon Doktor

Sumber & kredit foto: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.