Home / Semasa / Tengah Makan Kat Kedai, Tiba Tiba Polis Dtg Tanya Sapa Punya Motor Lepastu Keluar 3 Saman. Ramai Cakap Tak Adil, Sekali Ketua Polis Buat Kenyataan Ini

Tengah Makan Kat Kedai, Tiba Tiba Polis Dtg Tanya Sapa Punya Motor Lepastu Keluar 3 Saman. Ramai Cakap Tak Adil, Sekali Ketua Polis Buat Kenyataan Ini

Skuad 42 yg ditubuhkan bagi membanteras kegiatan lumba haram boleh mengeluarkan saman & tangkapan ke atas penunggang motosikal di mana-mana sahaja & tdk terhad ketika operasi.

Anggota & pegawai skuad berkenaan mempunyai kuasa mengeluarkan saman & membuat tangkapan selepas menjalankan risikan & pemerhatian serta semakan dengan menggunakan alat peranti sistem pembayaran kompaun dalam talian mudah alih (MCOPS) terhadap mereka yg didapati mempunyai kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, proses saman yg dijalankan mengikut prosedur bermula dengan pemerhatian & pengecaman terlebih dahulu terhadap penunggang motosikal berkenaan.

Katanya, sebelum saman dikeluarkan, anggota akan membuat semakan menggunakan sistem MCOPS terlebih dahulu.

“Cara polis menahan & mengeluarkan saman di premis juga adalah wajar & berupaya mengurangkan risiko kemalangan terhadap pesalah trafik & anggota polis yg menjalankan tugas berkenaan.

“Kaedah ini adalah salah satu cara dalam operasi Skuad 42 dalam mencegah & menangkap mereka yg terbabit lumba haram,” katanya kepada Harian Metro.

Chang Hook berkata demikian sebagai mengulas tular di Facebook video mengenai seorang wanita yg mempertikaikan tindakan polis mengeluarkan saman ke atas remaja 16 tahun ketika sedang makan di sebuah kedai di Mahsan di sini tanpa mengetahui kebenaran tindakan anggota terbabit.

Bagaimanapun video berkenaan didapati sudah dipadam selepas warganet mempersoalkan tindakan wanita yg mempertikaikan saman dikeluarkan polis.

“Remaja berkenaan disaman Ahad lalu selepas anggota polis dalam op motosikal dengan berpakaian awam melakukan pemantauan risikan di sekitar Taman Mahsan.

“Ketika pemantauan dijalankan kira-kira jam 3 petang, polis mendapati terdapat seorang lelaki menunggang motosikal Yamaha Y15 berwarna merah tanpa memakai topi keledar & tdk memiliki nombor pendaftaran hadapan.

“Polis kemudian mengekori motosikal berkenaan sehingga ke kedai makan berkenaan & apabila sampai memperkenalkan diri sebelum memanggil remaja berkenaan.

” Remaja berkenaan mengaku menunggang motosikal berkenaan & pemeriksaan mendapati terdapat kesalahan trafik yg dikesan antaranya tdk mempunyai lesen memandu yg sah, tiada nombor pendaftaran (hadapan) & aksesori tdk sempurna,” katanya.

Chang Hook berkata berikutan itu, polis mengeluarkan tiga saman kepada penunggang motosikal berkenaan.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Kisah Tragedi Gua Tham Luang Bikin Ramai Kaum Lelaki Nangis | Article Update

Kisah operasi menyelamat di Gua Tham Luang, Thailand pada tahun 2018 yg menggemparkan dunia sebelum …

Leave a Reply

Your email address will not be published.