Home / Semasa / Tunaikan Impian Isteri, Aerial Zafrel Hadiahkan Wisma Bernilai RM3.2 Juta Dengan Konsep ‘French Industrial’

Tunaikan Impian Isteri, Aerial Zafrel Hadiahkan Wisma Bernilai RM3.2 Juta Dengan Konsep ‘French Industrial’

Siapa yang tidak mengenali pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang juga merupakan usahawan terkenal, bukan? Bagi yang mengikuti kisah pasangan selebriti ini, pasti tahu mereka berdua berusaha dari bawah untuk mencapai kejayaan hari ini.

 

Terbaharu, Aeril Zafrel telah menghadiahkan isterinya sebuah wisma bernilai RM3.2 juta. Bangunan tiga tingkat yang menelan kos pengubahsuaian RM2 juta itu adalah pusat bagi rangkaian perniagaan mereka Wawa Cosmetic selain menempatkan ruang pejabat dan gudang penyimpanan stok.

 

https://www.instagram.com/reel/CbZ7zI0l6V3/?utm_source=ig_embed&ig_rid=060dfd83-6854-4ce0-96b4-d41bddde45b2&ig_mid=1B802987-DEE8-4537-9B45-822B744D6AED

 

Menerusi laporan, Aeril Zafrel menghadiahkan wisma tersebut sebagai tanda cintanya kepada isteri tersayang. Lantaran itu, Wawa tidak sangka impiannya sejak 2016 untuk mempunyai wisma sendiri akhirnya tercapai.

 

Menurut pasangan ini, mereka akui pelbagai cabaran dan dugaan ditempuhi sepanjang mengendalikan perniagaan ini. Malah, ibu pejabat itu menjadi ‘saksi’ hasil titik peluh mereka yang selama ini bertungkus lumus dalam memastikan perniagaan terus maju dan berkembang.

 

Kredit : Vocket

About admin2

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.