Home / Semasa / Bandingkan Konsert Justin Bieber Dengan Kelas Agama, Pendakwah Bebas Moh0n Maaf – ‘Mungkin Sal4h Faham’

Bandingkan Konsert Justin Bieber Dengan Kelas Agama, Pendakwah Bebas Moh0n Maaf – ‘Mungkin Sal4h Faham’

Sejak semalam, peminat Justin Bieber di negara ini teruja apabila penyanyi antarabangsa itu bakal mengadakan konsert jelajah Justice World Tour di 20 buah negara pada tahun ini, termasuk Malaysia pada 22 Oktober di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Meskipun ramai peminat teruja dengan pengumuman itu, namun lain pula jadinya di Twitter apabila seorang penceramah bebas dikenali sebagai Iddin Ramli memberi pandangan berhubung konsert penyanyi kelahiran Kanada itu.

Menerusi video yg dimuat naik oleh Iddin di Twitter, penceramah bebas itu mendakwa tiket penyanyi pujaan ramai itu pasti akan habis dijual walaupun harganya mencecah RM2,088.

Kalau macam ni ramai yg datang. Belum sempat jual tiket confirm dah sold out ni. Tengok pula senarai harga dia dari RM288 hingga RM2,088. MasyaAllah. Pun sold out macam ni.

Bagaimanapun tindakan penceramah itu melakukan perbandingan antara konsert Justin Bieber & kelas agama yg dianjurkan olehnya sepanjang Ramadan menerima kecaman ramai.

Yang RM2,088 ni murah sangat dah bagi orang yg minat benda macam ni. Compare dengan kelas Iddin buat tadabbur Al-Quran sepanjang Ramadhan ’30 Days with Al-Quran’ bersama Imam Muda Megat, jauhlah antara langit dengan bumi.

Mungkinlah orang dah tak minat nak belajar agama. Iddin terfikir macam tu lah. Mungkin agama ni orang pandang sebelah mata sebab tu dengan yuran macam ni pun orang susah nak daftar.

 

Iddin bagaimanapun tampil memohon maaf kepada warganet berhubung isu konsert Justin Bieber itu & menyatakan mungkin cara penyampaiannya itu mengundang salah faham sehingga membuatkan orang ramai tdk berpuas hati.

Mungkin isu Justin Bieber tu ada melukakan hati mana-mana pihak, menimbulkan tdk puas hati pihak lain, Terang lagi bersuluh video itu ditujukan kepada umat Islam. Kalau tak percaya kita tengok berapa ramai umut Islam akan hadir nanti ketika konsert itu berlangsung.

Yes mungkin Iddin ada silapnya & cara Iddin tdk betul. Kadang-kadang bila kita ditegur, ditunjuk & diajar maka kita akan sedar akan kesilapan yg kita buat.

Iddin minta maaf ya? Sungguh. Minta maaf. tak pernah Iddin diajar utk menyakiti mana-mana hati orang yg Iddin tak kenal. Mungkin penyampaian Iddin juga mengundang salah faham & Iddin akui perkara itu.

Sumber : IddinRamli

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Remaja OKU ditemukan lemas dalam kolam berhampiran rumah | Article Update

JOHOR BAHRU: Seorang orang kurang upaya (OKU) lembam ditemukan lemas di sebuah kolam yg hanya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.