Home / Semasa / Bila Telefon Tak Berjawab, Mesej Tak Balas’ – Penat Bekerja Tp Tak Dibayar, Ini Rayuan Wan Maimunah

Bila Telefon Tak Berjawab, Mesej Tak Balas’ – Penat Bekerja Tp Tak Dibayar, Ini Rayuan Wan Maimunah

Kita penat bekerja tetapi tak dibayar…”

Demikian luahan pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 68, yg mendedahkan dilema yg dihadapi golongan pelakon veteran termasuk dirinya apabila bayaran yg dibuat tdk setimpal dengan bakat & pengalaman yg ada.

Menurut Wan Maimunah, perkara itu menyebabkan mereka tawar hati utk menerima tawaran berlakon.

” Ibu banyak tolak tawaran sejak kebelakangan ini.

” Kebanyakan anak seni memendam rasa, makan hati sendiri & disebabkan minat, mereka telan juga.” katanya kepada Bernama.

Pengurus produksi yg tak bayar

Lebih mengejutkan apabila pelakon yg juga anak kelahiran Tebrau, Johor itu mendedahkan beliau pernah tdk dibayar oleh pengurus produksi meskipun bayaran sudah dibuat oleh penerbit.

” Sebenarnya orang ramai banyak yg tak tahu. Kadang-kadang orang tanya berlakon dapat berapa?

” Kadang ada yg kata, alaa cakap sajalah bukan nak minta duit atau belanja…tapi ada kadang-kadang orang tahu kita penat bekerja tak dibayar.

” Ibu merayu kepada penerbit turunlah padang, jenguk-jenguklah berapa yg dibayar kepada kami. Kadang-kadang bukan penerbit yg tak bayar, pengurus produksi yg tak bayar.

” Banyak orang tdk tahu tentang perkara ini. Kita penat bekerja tetapi tak dibayar, maksudnya orang tengah yg ambil.

” Bila kita telefon tak berjawab., kita mesej tak reply..tapi takpe rezeki Allah bagi,” katanya kepada Bernama.

Wan Maimunah yg sudah 50 tahun terbabit dalam industri seni tanah air, berkata beliau kini lebih selesa bekerja secara sukarela mengikut kehendak sendiri daripada menerima tawaran tetapi dibayar seadanya.

Pelakon serba boleh yg sinonim dengan watak air mata itu juga berkata bakat yg ada pada seseorang pelakon atau seniman di negara ini tdk dipandang tinggi oleh pihak tertentu terutama syarikat produksi drama, sebaliknya mereka lebih melihat kepada jumlah pengikut di media sosial.

Justeru, penerbit atau syarikat produksi drama di negara ini dirayu mengambil berat isu kebajikan pelakon veteran terutama aspek pembayaran sekali gus memastikan golongan tersebut tdk terus ditindas termasuk tdk menerima bayaran seperti dijanjikan.

” Sangat berbeza di luar negara k3rana mereka lebih menghargai bakat yg ada pada seseorang seniman.

” Bukan kita minta anak seni disanjung atau ditatang tetapi hormati mereka,” kata pelakon kelahiran Tebrau, Johor itu.

Terdahulu, Wan Maimunah berkata sumbangan & sijil penghargaan yg diterima sempena Sambutan Hari Seniman Negara Peringkat Negeri Melaka merupakan antara anugerah paling bernilai buat dirinya.

Beliau berkata sumbangan itu menunjukkan masih terdapat pihak yg tdk melupakan golongan seniman di negara ini & menghargai jasa mereka terhadap industri seni tanah air.

Pada majlis itu, pelakon tersebut menerima sumbangan makanan, wang tunai & sijil penghargaan yg disampaikan Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia & Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem & turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Melaka Shahrom Ravin Daram Abdullah.

10 fakta menarik tentang Wan Maimunah

1) Pemilik nama sebenar Wan Maimunah binti Wan Abdul Aziz ini dlahirkan pada 16 Jun 1954, di Tebrau, Johor Bahru.

2) Beliau ialah pemenang Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian utk 5 tahun berturut-turut pada edisi 1992 – 1996/1997.

3) Beliau juga pernah memenangi anuegrah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2002 (Rumah Di Tengah Sawah)

4) Wan Maimunah mula menceburi bidang lakonan secara serius pada tahun 1972, & merupakan pelakon serba boleh yg mampu membawakan ap4 sahaja watak yg ditawarkan padanya.

5) Antara filem yg dibintangi adalah KL Gangster, Gentayangan, Puaka Tebing Biru, Jimi Asmara, Putih, Anak Mami The Movie (2002), Soalnya Siapa?, Interlud & Wanita Bertudung Hitam.

6)  Drama yg dibintangi pula adalah Anak-anak Lorong, Bagaikan Sumayyah, Kerana Cintaku Saerah, Rumah Di Tengah Sawah, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Unjul Nak Jadi Orang

7) Wan Maimunah sudah membintangi lebih 1,000 drama & terkenal dengan watak Mak Usu menerusi sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

8) Perkahwinan terakhir Wan Maimunah dengan seorang pengusaha makanan dari Johor pada Disember 2013 sempat bertahan dua tahun sebelum mereka mengambil keputusan berpisah.

9) Ditanya mengenai hidup tanpa suami, Wan Maimunah berkata, dia tdk kesunyian k3rana selain dua cahaya mata, hidupnya juga dikelilingi ramai anak angkat yg sentiasa mengambil berat.

10) Pada 2019, Wan Maimunah mendedahkan beliau begitu teringin utk pergi menunaikan haji & meluahkan harapan dipertemukan dengan insan dermawan yg sudi menaja pemergiannya ke Tanah Suci Makkah sebelum dia menutup mata.

Sumber:gempak, wikipedia & bharian

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.