Home / Semasa / Isteri Shuk Dedahkan Message ‘Rayuan’. Ini Nasihat Netizen Kepada Rossa

Isteri Shuk Dedahkan Message ‘Rayuan’. Ini Nasihat Netizen Kepada Rossa

PERKONGSIAN isteri Shuk Sahar iaitu Rossa Sera di TikTok yg mendedahkan mesej & panggilan telefon seorang lelaki dipercayai pelawak itu menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen menasihatkan Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah agar tdk termakan pujuk rayu lelaki tersebut & meneruskan kehidupan baharu.

“Lebih baik sis move on, bahagiakan diri sis dulu. InsyaAllah life akan lagi better.

“Sis you akan jumpa yg lagi baik… percayalah.

“Tolonglah jangan terima balik, jangan seksa perasaan sendiri,” tulis beberapa netizen.

Bagaimanapun, Sera yg dihubungi mStar memberitahu perkongsian tersebut hanyalah video pesanan buat para isteri & wanita di luar sana agar terus kuat berdepan dugaan.

Kata Sera yg kini Face Off Inayah Beauty, dia mahu menasihati wanita senasib dengannya agar meneruskan kehidupan baharu dengan anak-anak selepas berdepan dengan ujian.

“Sebenarnya itu sekadar video nasihat utk para isteri & wanita di luar sana sahaja. Ia lebih kepada nasihat yg kita perlu teruskan hidup walau ap4 yg berlaku.

“Kita perlu buka buku baru utk mulakan kehidupan baru bersama anak-anak. Saya berharap semua orang dapat mendoakan saya dengan anak-anak,” kata Sera ketika dihubungi mStar.

Menerusi penulisan dalam video tersebut, Sera seakan-akan menggambarkan kehidupan yg baru dibina itu diganggu oleh seseorang yg menyedari kehilangannya.

“Bila kau dah nak mula hidup baru, tiba-tiba orang baru nak hargai,” tulisnya.

Malah paparan skrin di platform Whatsapp itu memperlihatkan seorang lelaki mesej & membuat panggilan tanpa henti hanya utk mendapatkan perhatian.

Dalam pada itu, netizen turut tertarik dengan penampilan Sera yg kelihatan lebih langsing & rata-rata mereka menganggap perubahan itu disebabkan makan hati angkara tindakan suaminya beberapa kali berlaku curang.

“Kalau nak ikutkan patah hati, sepatutnya dari dulu lagi saya dah boleh kurus. Yela… dah bertahun makan hati.

“Sekarang barulah saya ada kekuatan & rezeki lebih utk mencantikkan diri sendiri. Produk Inayah Beauty tu pun bukan sekadar promosi, tapi saya adalah testimoni yg sebenar.

“Saya dah amalkan dari bulan Disember tahun lalu lagi. Alhamdulillah Sera berjaya turunkan 11 kilogram. Yang pasti, bukan sebab patah hati,” ujarnya.

Sera kini ditawar jadi duta produk kecantikan.

Dalam pada itu, Sera yg kini aktif bekerja melahirkan rasa syukur apabila ditawarkan menjadi wajah produk kecantikan selain menerima tawaran utk menjadi model.

Perubahan bentuk badan Sera yg ketara selepas menggunakan produk pelangsingan.

“Alhamdulillah rezeki saya, rezeki anak-anak. Selepas saya berjaya turunkan berat badan yg bermula sebagai pengguna biasa sahaja, saya ditawarkan utk jadi face off produk Inayah Beauty.

“Saya berbesar hati utk berkerjasama sebab memang saya dah amalkan lama sebelum ditawarkan & banyak juga tawaran kerja sebagai model & lain-lain,” katanya.

Menerusi laporan mStar pada 18 Mac lalu, Sera mengakui dia ada pergi ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Jalan Duta namun mahu merahsiakan tujuannya ke sana.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 & mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew bermula esok | Article Update

PERBICARAAN kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew berkait gangguan seksual akan bermula …

Leave a Reply

Your email address will not be published.