Home / Semasa / Isu Anak 5 Tahun Menangis Di Tabika Perpaduan, Ini Mungkin Jalan Penyelesaian Terbaik Untuk Semua Pihak | MyBlog

Isu Anak 5 Tahun Menangis Di Tabika Perpaduan, Ini Mungkin Jalan Penyelesaian Terbaik Untuk Semua Pihak | MyBlog

Seorang ibu yg buntu dengan masalah anaknya di sebuah Tabika Perpaduan menjadi viral setelah berkongsi kisahnya di Facebook.

Menurut guru di Tabika Perpaduan tersebut, anaknya yg hanya berusia 5 tahun itu tdk berhenti menangis & mengganggu proses pembelajaran murid lain.

Anaknya itu juga dikatakan masih belum bersedia, tiada mempunyai kesedaran serta tdk berminat utk belajar.

Beliau kemudiannya membuat 2 hantaran di Facebook bagi meminta nasihat & pandangan orang ramai sama ada situasi tersebut adalah normal atau perlukah anaknya itu berhenti tabika.

Tidak sampai 10 jam, perkongsian beliau tersebut menjadi tular & dikongsi lebih 12 ribu kali serta menerima lebih 5 ribu komen.

Seorang lagi pengguna Facebook, Khairul Kamilin yg mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam menangani situasi yg sama, turut membuat satu ulasan panjang lebar di Facebooknya mengenai isu ini.

Diharapkan agar perkongsian beliau ini dapat membuka mata semua pihak utk sama-sama melakar jalan penyelesaian terbaik serta dapat dijadikan pengajaran buat semua ibu bapa & guru-guru tabika di Malaysia.

Khairul Kamilin

Saya telah di tag oleh rakan FB, Khaizura Khalid & beberapa orang rakan yg lain berkaitan isu yg tular beberapa jam yg lepas.

Disebabkan ini memang niche saya, jadi saya akan ulas & mungkin tulisan ini akan jadi sangat-sangat panjang.

Pertama, saya sebutkan hal teknikal dulu ya.

Kisah sepihak (k3rana belum ada kisah sisi lain) yg viral hari ini dikhabarkan berlaku di Tabika Perpaduan.

Perlu diingatkan bahawa Tabika Perpaduan adalah terletak dibawah seliaan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Jadi jika kalian nak tag, sila tag pihak yg sepatutnya ya. Jangan pukul rambang salahkan KPM.

Pun begitu, kurikulum di Tabika Perpaduan memang menggunakan kurikulum standard yg sama seperti di prasekolah KPM.

Setiap premis yg beroperasi di bawah jagaan seorang guru & pembantunya, pasti ada ketua yg memantau & menyelia.

Justeru setiap permasalahan yg berlaku di kelas tadika atau prasekolah, dahulukan mengikut tertib & aturkan emosi terlebih dahulu.

Faham. Banyak perkara yg boleh buat kita marah, geram, mengamuk, sedih & kecamuk. Apatah lagi jika ia melibatkan anak kesayangan kita.

Tetapi hemah tinggi sebagai ibu bapa tetap perlu, sebab akhirnya kita nak hantar signal yg tepat bahawa kita nakkan perubahan bukan permusuhan.

Jika komunikasi dengan guru gagal, segera bertemu dengan ketua jabatan atau pegawai yg bertanggungjawab menyelia guru-guru di bawah jagaannya.

Semua guru ada boss mereka. Adukan & tuntut siasatan segera & menyeluruh dilakukan.

Hak ibu bapa adalah mengadu & hak pentadbiran premis pendidikan adalah memastikan sama ada laporan itu benar & memastikan tiada kecurangan & keculasan dalam kerja buat guru.

Aduan ke media sosial adalah jalan paling akhir apabila kesemua cara gagal atau menemui jalan buntu. Diulang, jalan paling akhir.

Sebab once kerosakan diperbesarkan di medsos, hampir pasti tiada jalan pulang lagi utk proses pembaikan. TIADA!

Saranan seperti atas ini tak popular, tapi itulah flownya jika yg diinginkan kita adalah kebaikan buat semua.

Yang popular ialah pergi serang, maki hamun, pecat, buang kerja, hukuman berat. Itu popular & netizen suka.

Sofia Hussien

Kedua, perihal guru & anak kecil 5 tahun (berdasarkan cerita sepihak).

Mengendalikan anak kecil bukan tugas yg mudah. Semua orang tahu tentang ini & tak semua orang mampu galas tanggungjawab yg sama sebagai seorang guru kepada anak kecil.

Tahniah & takziah, buat cikgu yg memilih & dipilih serta berjaya mengisi tanggungjawab itu.

Tahniah k3rana kesanggupan buat benda yg tak semua orang mampu & takziah k3rana cabarannya begitu besar.

Mentaliti guru banyak dipengaruhi oleh sejauh mana pendidikan yg dia sendiri dapat, latihan yg diperoleh, bacaan & kajian yg dilakukan, serta pengalaman yg ditimba dari tahun ke tahun.

Tidak dilupakan juga, persepsi masyarakat umum terhadap ap4 yg patut cikgu beri & ap4 yg murid perlu capai pada fragmen umur tertentu. Ia banyak mencorak cara guru bertindak.

Dalam kes yg tular itu, guru secara terang & jelas mengandaikan bahawa anak kecil itu tdk bersedia ke sekolah & meletakkan tanggungjawab mempersiap anak kecil itu sepenuhnya kepada ibu bapa.

Tanpa menafikan sepenuhnya pandangan guru itu, sementelah saya pun guru merangkap ibu bapa, pada saya tindakan membakulkan tanggungjawab persediaan anak kepada ibu bapa semata adalah sangat tdk wajar.

Anak kecil itu mahu bersedia terlebih dahulu bagaimana kalau pintu pagar sekolah pun dia tak pernah masuk & lantai kelas tadika pun dia tak pernah pijak?

Adakah guru menyangka persediaan mental anak-anak ini boleh berjaya hanya dengan visualize dalam otak saja, kemudian ‘hip hip horay’ bila jejak ke kawasan yg sangat asing dalam hidupnya?

Umum telah menyebutkan bahawa hari persekolahan baru sahaja 5 hari & point ini memang sangat valid utk diketengahkan.

Setiap anak tahap kecepatan utk dia beradaptasi itu berbeza-beza. Ada yg cuma perlukan sehari, tetapi jangan hairan jika ada yg perlu sehingga sebulan malah lebih!

Sofia Hussien

Anak kecil ini perlu melepasi dugaan besar emosi yg tak pernah dialami serupa dengannya di mana-mana. Tiga perkara besar yg perlu mereka hadap;

Separation anxiety; ketakutan mendepani perpisahan sementara dengan ibu bapa.
Contextual adaptation; keperluan beradaptasi dengan persekitaran, suasana & perlakuan orang asing.
Social adaptation, keperluan beradaptasi dengan penerimaan rakan-rakan sebaya, guru & komuniti sekolah.

Kecil cabarannya bagi orang dewasa tapi sangat besar bagi seorang kanak-kanak. Ini k3rana level of their experience is ZERO!

Jadi ap4 expectation kita sepatutnya terhadap anak sekecil itu? Semestinya kena bermula dari ZERO juga.

Yang menjadi masalah sehingga mengundang murung & stress kepada guru itu ialah apabila guru itu sendiri telah set jangkaan yg tinggi kepada seorang murid 5 tahun, seolah mereka telah bersedia sebaris dengan persediaan seperti budak darjah 5. Bila tak meet expectation(s), maka harulah jadinya.

Sofia Hussien

Adakah perlu bagi ibu bapa mempersiap anak-anak sebelum ke tadika? SANGAT PERLU.

Tak cukup hanya sekadar cerita, pesan, nasihat & bagi gambaran. Anak-anak perlukan tangible situation. Create persekitaran pembelajaran simulasi terlebih dahulu di rumah sebelum anak ke tadika.

Panggil abang kakak, anak-anak jiran, anak-anak ipar duai atau sesiapa saja yg sesuai utk berada dalam kelas simulasi itu. Wujudkan guru dari kalangan orang dewasa. Buat biar sampai benar-benar mirip.

Dan setelah berusaha, gunakan kuasa doa ibu bapa, mudah-mudahan urusan pemahaman & adaptasi anak ke dunia baru dipermudahkan.

Namun setelah segala usaha dilakukan, adakah berkemungkinan juga anak tdk berjaya kawal dirinya sendiri? Semestinya ya. Simulasi & realiti tentulah berbeza.

Maka tugas ini lah yg perlu digalas oleh guru sebagai pemudahcara. Guru tadika bukan pensyarah universiti yg menerima pelajar yg ‘sudah siap’. Guru tadika adalah pencanai pertama dalam realiti pendidikan formal anak-anak.

Anak meraung menangis utk beberapa hari permulaan itu biasa. Mereka tiada pengalaman & kemahiran utk menggunakan coping mechanism yg sesuai.

Maka baliklah mereka terhadap sifat natural manusia sejak bayi bila berhadapan cabaran. Tak tau nak buat ap4, menangislah caranya.

Di sinilah kebijaksanaan guru diperlukan utk menukarkan paradigma mereka daripada hanya menangis, kepada “menangis saja tak menyelesaikan masalah atau menangis pun tak dapat ap4”.

Tak dinafikan tangisan seorang murid apatah lagi raungannya sangat mengganggu perjalanan kelas. Itu belum kira lagi kalau disulami dengan amukan.

Malah tangisan juga adalah sejenis ‘penyakit berjangkit’ di kalangan kanak-kanak. Seorang menangis, tak semena-mena yg lain ikut menangis.

Sebagai anggota masyarakat, apabila kita tahu & kita sendiri kata bahawa budak menangis itu ‘biasa’,  maka janganlah pula bawa mulut kata, “cikgu tu budak nangis pun, dibiarkan saja”.

Ada beza kanak-kanak 5 tahun menangis dengan bayi menangis. Bagi bayi, itu sajalah satu-satunya cara utk dia berkomunikasi.

Berbanding murid 5 tahun pula, dia sudah mampu menyampaikan hasrat menerusi komunikasi badan, percakapan & tindakan.

“Biarkan saja murid menangis” juga termasuk dalam langkah permulaan. Bunyinya macam kejam, tapi itulah hakikat yg perlu difahami semua.

Ketika ini lah guru perlu mencari di mana titik ‘pause’ kepada tangisan itu & ap4 yg menyumbang ke arahnya.

Layan titik pause itu, bukan layan tangisannya.

Kau nak nangis? Nangislah.

Eh, kau dah pause, maka mari kita berkawan.

Cekalkan hati, tak perlu stress dengan tangisan. Manusia mana yg tak pernah nangis?

Murid melalak, dia terdiam seketika bila dia nampak cikgu buka TV.

Murid menangis, dia pause seketika bila dia nampak cikgu buat-buat kemas alat mainan depan muka dia.

Murid menangis, dia berhenti 10 saat bila tengok cikgu pegang makanan sedap depan muka dia.

Dan banyak lagi pause-pause pada tangisan anak-anak tadi utk dijadikan ‘point’ bagi cikgu mulakan upacara ‘masuk jarum’ & sulam bonding yg baik antara guru & murid.

Trust me, ia tak semudah menulis, but it will work. Lebih 10 tahun saya hadap benda sama.

Tak banyak, at least mesti jumpa punya satu. Mesti ada punya. Kena ingat anak tu manusia. Kita mesti ada satu pattern universal yg sama. Anak bukan mesin yg terlalu sukar ditafsir.

Nampak dia suka makanan, bagi dulu tanpa syarat.

Nampak dia suka mainan, bagi dulu tanpa syarat.

Untuk progress, ia perlukan pemeringkatan. Bukan terus cerdik & adapt dalam sehari. Untuk hari seterusnya bila murid sudah mula selesa dengan kita & tdk lagi menganggap kita ini stranger, bahkan kepercayaan bahawa guru ‘sudah menggantikan ibu bapanya di sekolah’, maka lebih mudah kita letak syarat.

“Danial tengok kawan lain tu, semua menulis & mewarna. Menulis & mewarna best tau. Kalau Danial nak makanan ni, Danial mesti buat macam kawan-kawan buat dulu. Nanti cikgu bagi makanan ni lepas Danial buat”.

Kita sudah mula menyulam syarat. Dan semakin lama semakin ketat, & akhirnya barulah kesukaannya dipindahkan dari makanan kepada aktiviti bersama kawan-kawan.

Semua ini tak dapat dalam masa 5 hari. Boleh jadi gagal berkali-kali. Ambil masa & jangan pressure. Nawaitu kita memang nak jaga anak itu sehingga berjaya kan? Ke, sebab kita kerja semata nak gaji je? Harapnya bukanlah.

Apabila kita jaga anak orang macam anak kita, frust & teruji macam mana pun kesabaran kita, kita hanya berkeluh kesah seketika tanpa melepaskannya.

Sofia Hussien

Seandainya guru sudah sehabis usaha namun masih tdk berdaya, maka tindakannya sama juga seperti ap4 yg perlu dilakukan oleh ibu bapa.

Bukan mesej ibu bapa suruh bawa balik anak simpan di rumah. Tetapi adukan kepada majikan atau boss kita tentang perihal anak itu.

Tindakan pramatang dengan menafikan terus akses pendidikan utk anak-anak itu k3rana ketidakmampuan kita mengendalikan mereka adalah satu kesalahan.

Kadangkala memang ada anak yg buat guru usaha & drag sampai ‘habis meter’ dah nak handle. Tak tau nak buat ap4 dah. Di sini tanggungjawab ketua jabatan utk usulkan kepada ibu bapa supaya buat pemeriksaan dengan pakar.

Ibu bapa mesti terbuka apabila dinasihati k3rana lazimnya apabila sudah sampai ke peringkat dinasihati begitu, maksudnya sudah serius & guru sudah nampak bibit-bibit masalah pada anak-anak kalian & ketika itu jangan pula cuba nafikan hak utk anak itu dapatkan pemeriksaan k3rana ego kita.

Dan akhirnya, fahamilah kita semua bahawa setiap masalah ada penyelesaian mengikut aturan & jalannya. Ibu bapa faham fungsinya. Guru faham peranannya & masyarakat mesti beri kerjasama.

Jika membetulkan tindakan manusia setempat adalah sukar, bawa anak keluar dari persekitaran itu & bersusah sedikit ketempat baru. Mesti.

Atas pertikaian ap4 pun, pastikan yg akan dapat manfaat adalah anak kita. Bukan masing-masing tegakkan ego & akhirnya terbakar cita & citra kita semua.

Kk.

Sumber & kredit foto: Facebook Khairul Kamilin, Facebook Sofia Hussien

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.