Home / Semasa / “Rakyat Malaysia Sendiri Tidak Gunakan Bahasa Melayu”, Komen-Komen Netizen Indonesia Ini Bikin Panas | MyBlog

“Rakyat Malaysia Sendiri Tidak Gunakan Bahasa Melayu”, Komen-Komen Netizen Indonesia Ini Bikin Panas | MyBlog

Seorang penulis karya fiksyen & fantasi tempatan, Awan Wafdan telah memuat naik satu tangkap layar yg diperolehinya dari Twitter.

Dalam tangkap layar tersebut, Nuice Media yg berpusat di Indonesia telah mengirim satu ciapan bersama foto yg mempertikaikan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob utk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua ASEAN.

“Kepada rakyat Malaysia, kami di Indonesia bukan Melayu. Kami boleh terima cadangan tersebut jika Bahasa Melayu digantikan dengan Bahasa Indonesia. Jika tdk, ummm, tak payahlah.

“Anda semua pun banyak tonton filem-filem, sinetron & dengar lagu-lagu kami. Kami hanya tonton Upin Ipin”, bunyi ciapan tersebut.

Hantaran ciapan dalam Bahasa Inggeris tersebut setakat ini telah diulang kicau lebih 2 ribu kali & disukai lebih 5 ribu orang lagi pengguna Twitter.

Komen-komen yg dilontarkan oleh netizen dari Indonesia juga ‘memanaskan’ lagi situasi apabila ramai di antara mereka menganggap rakyat Malaysia sendiri tdk menghargai Bahasa Melayu.

“Mereka lebih utamakan Bahasa Inggeris dari Bahasa Melayu sendiri”, “Mereka iri hati dengan Indonesia yg rakyatnya mencintai bahasa kebangsaan sendiri”, demikian petikan beberapa komen yg diperolehi dari beberapa orang pengguna Twitter dari Indonesia.

Di laman Facebooknya, Awan Wafdan, penulis Hikayat Adiwangsa: Lasykar yg diterbitkan oleh Patriots Publishing melahirkan rasa malu & duka cita k3rana Bahasa Melayu diperlekehkan sedemikian rupa.

Beliau yg memuat naik tangkap layar dari Twitter tersebut juga menyeru orang ramai agar lebih menghargai keindahan bahasa kebangsaan sambil mempromosikan karya sulungnya tersebut.

Jom sama-sama support karya tempatan demi memartabatkan lagi Bahasa Melayu!

Awan Wafdan

Di ruang komen Twitter ini, ada beberapa orang Indo yg menghina Malaysia sebab ramai rakyat Malaysia yg tdk menggunakan Bahasa Melayu.

Aku malu.

Situasi inilah yg menguatkan semangat aku utk terus menulis Adiwangsa seindah yg mungkin guna bahasa kebangsaan.

Dek k3rana itulah, Hikayat Adiwangsa itu digarap dengan kosa kata sedikit langka. Disusun ayatnya serasa indah, tetapi pada masa yg sama tdk terlalu meninggikan arasnya.

Jadi, apabila sudah banyak komen yg puji penggunaan bahasa — aku jadi bangga.

“You did it, Awan!”

Ketika menulis Hikayat Adiwangsa: Lasykar, aku sangat teliti dengan gaya bahasa yg digunakan. Bahkan sanggup tdk beranjak dari ayat yg ditulis selagi belum jumpa susunan ayat yg sesuai.

Diksi & ayatnya dipilih berhati-hati agar terasa indah ketika dibaca.

Sejujurnya, aras bahasa dalam Adiwangsa masih agak rendah (bagi aku). Aku boleh puitiskan lagi. Tapi sebab nak ramai baca, maka aku pilih aku bumikan sedikit bahasanya.

Sudilah beli karya sulung saya ini.

Boleh beli Shoppee atau laman sesawang The Patriots.

Awan Wafdan

Sumber & kredit foto: Facebook Awan Wafdan

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.