Home / Semasa / Tak Perlu Sembang Juta-Juta Pun’ – Sabri Yunus Dipuji Ramai, Drama Baru Pok Ya Cong Codei Kini Trending

Tak Perlu Sembang Juta-Juta Pun’ – Sabri Yunus Dipuji Ramai, Drama Baru Pok Ya Cong Codei Kini Trending

” Macam ni lah sepatutnya drama Melayu, ada kelainan, tauladan & pengajaran. Bukan cintan cintun..bukan sembang juta-juta..”

Demikian antara respon diberikan oleh warganet selepas menonton drama terbaru Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti, drama terbaru arahan pengarah berkaliber, Sabri Yunus.

Disiarkan bermula 21 Mac 2022 di Astro Ria, drama ini turut melibatkan pelakon hebat tanah air iaitu Wan Hanafi Su, Eman Manan, Farid Kamil, Angeline Tan & ramai lagi.

Malah selepas episod ke-3 ditayangkan, boleh dikatakan drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti mula trending di laman sosial & meraih pujian warganet.

Pujian diberikan k3rana jalan cerita ini dikatakan ‘luar kotak’ yg lari dari kebiasaan atau tipikal ‘drama pukul 7pm’ yg asyik pasal cinta & sembang projek juta-juta.

Selain itu, kualiti pelakon yg menerajui drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti juga tdk dapat dipertikaikan lagi.

Selain dari Sabri Yunus sendiri yg memegang watak sebagai Pok Ya Seghedam, lakonan Eman Manan sebagai Muda Primula juga dikatakan membuat ramai meremang bulu roma.

Meremang tengkuk…

Barisan pelakon hebat termasuk Farid Kamil, Saidi Sabri (anak Sabri Yunus), Asrulfaizal Kamaruzaman (terkenal dengan watak Jaha dalam filem Budak Kelantan) menjadikan setiap babak dalam drama ini ‘hidup’.

” Eman Manan, Sabri Yunus, Wan Hanafi Su. Trio of the finest actors in Malaysia. Confirm gempak siri Pokya ni.

” Wow karya terbaik. Boleh masuk Netflix Siries utk paparan masyarakat antarabangsa. Kualiti terbaik. Tahniah Sabri Yunus.

” Fuhh,,,dengar orang lama punya dialog, meremang tengkuk..tmbah ada Eman Manan.. salute smua pelakon cite ni..” tulis warganet.

Empat tahun lalu, tdk siapa menduga sebuah drama berunsur komedi akan mendapat perhatian & popular.

Tetapi sejarah membuktikan, drama “Pok Ya Cong Codei” (PYCC) arahan Sabri Yunus mendapat sambutan & meniti di bibir masyarakat.PYCC ditayangkan di Astro Citra pada 20 Januari 2018.

Watak utama, Pok Ya – seorang gedebe dari Kelantan yg datang ke Kuala Lumpur utk melaksanakan tugas mencari anak seorang Datuk yg kononnya dilarikan lelaki yg dilakonkan oleh Sabri sendiri.

Di Kelantan, watak seperti Pok Ya itu memang wujud malah perkataan ‘Cong Codei’ pernah menjadi bualan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang satu masa dahulu.

PYCC tular & popular hingga ada peminat-peminat yg menghasilkan lukisan watak utama tersebut.

Himpunan karya-karya peminat PYCC itu kemudiannya dibukukan oleh Institut Terjemahan & Buku Negara (ITBM) dengan judul Pok Ya Cong Codei (Kompilasi Fan Art).

Bukan setakat itu, ada juga yg menghasilkan t-shirt dengan wajah PYCC utk dijual & seterusnya dimiliki oleh peminat drama tersebut.

Sudah agak lama sesebuah drama atau filem yg dihargai peminat seperti dilakukan terhadap PYCC. Itulah kelebihan PYCC, sebuah drama antiklise filem gangster Malaysia.

PYCC adalah sebuah drama atau filem yg tdk dibuat-buat, kata pengarah tersohor U-Wei HajiSaari.

PYCC bukan komedi tetapi sebuah drama yg mempunyai sense of humor.

Filem-filem gengster yg dihasilkan di negara ini selalunya lebih merupakan gambaran palsu yg direka tentang dunia kongsi gelap & samseng.

Kata U-Wei lagi, menerusi PYCC, Sabri telah memberi nafas baharu kepada drama tempatan, ketika mana ramai pengarah & penerbit yg lebih suka kepada kisah cinta & kehidupan orang kaya yg tdk berpijak di bumi nyata.

Pok Ya bukan samseng atau gengster walaupun dia seorang yg berani, mempunyai ramai pengikut & sangat dihormati serta disegani, tetapi Pok Ya Cong Codei memberi makna sebenar ‘gedebe’ yg sekian lama disalah erti oleh ramai pihak.

Bagi pengarah filem “Mencari Rahmat”, Al-Jafree Md Yusop, PYCC antara telefilem terbaik pernah dibuat di Malaysia.

Gedebe satu istilah yg berasal dari Selatan Thai merujuk kepada Tok Nebe atau Tok Penghulu, satu sosok yg sangat dihormati & disegani serta mampu menyelesaikan banyak masalah antaranya pergaduhan melibatkan kumpulan samseng & hal lain di kawasan sekitarnya.

Mengikut kata Sabri, istilah gedebe hanya muncul di Kelantan sekitar era 70-an.

Pok Ya tdk bercakap menjerit-jerit dengan pelat cina & ber’lu gua’. Pok Ya tetap dengan dialek Kelantan walaupun berada di Kuala Lumpur.

Pok Ya gedebe atau ketua samseng, & dalam drama ini ditunjukkan sifat sebenar ketua samseng yg tenang, tdk perlu melompat ke atas meja utk menunjukkan dia samseng.

Tidak, itu bukan PYCC, itu filem gangster kebudak-budakan yg dihasilkan orang lain di negara ini.

PYCC tdk memerlukan itu semua.

Pok Ya bukanlah kaki gaduh yg hanya tahu mahu mengamuk & marah-marah, sebaliknya Pok Ya menyelesaikan masalah.

Itulah watak gedebe sebenar, bukan samseng atau gengster yg hanya tahu bergaduh semata-mata atau memukul orang lain yg tdk setuju dengannya.

Sumber:bharian, gempak & olahan Muzik Jalanan

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Risau Anak Remaja Minat K-Pop? Ini Nasihat Buat Para Ibu Bapa | Article Update

Memang mencabar utk mendidik anak zaman sekarang lebih-lebih lagi ketika mereka sedang meningkat dewasa & …

Leave a Reply

Your email address will not be published.