Home / Semasa / Kak Long Nangis Periuk Nasi Diboikot, Janji Takkan Marah Orang Dalam Live Lagi.

Kak Long Nangis Periuk Nasi Diboikot, Janji Takkan Marah Orang Dalam Live Lagi.

Bukan sahaja banyak ‘siri’ kontroversi yg berkait dengan dirinya sejak bulan lepas, malah kini pihak polis sedang melakukan siasatan terhadap Wan Noor Baizura atau lebih popular dengan gelaran Kak Long Dungun.

Terbaru, dia tampil menerusi sesi Live TikTok semalam demi memohon maaf kepada semua pihak yg terkesan.

Pergi pasar malam orang marah-marah tak bagi meniaga…nak sara anak, mak & suami yg tak sihat, tolonglah faham

Menurut wakil jurucakapnya, antara kesan buruk viral tempoh hari adalah periuk nasinya di pasar malam telah ‘diboikot’ serta dimarah orang. Sambil mengesatkan air mata, Kak Long menjelaskan bahawa itulah sumber pendapatan utama demi menyara keluarganya selama bertahun-tahun.

Dia bahkan sangat tertekan, sehingga pernah terfikir utk lakukan tindakan drastik yg boleh mengancam dirinya. Mengakui kesilapan di kedai serbaneka itu berpunca daripada khilafnya sendiri, namun dia terkilan timbul isu baru apabila beberapa video lama didakwa sengaja dipotong & ditularkan oleh pihak yg tdk bertanggungjawab.

Justeru itu, dengan penuh kekesalan Kak Long berjanji tdk akan melemparkan kata-kata bernada buruk atau memarahi orang lain dalam siaran live media sosial lagi sekalipun pihaknya sendiri yg betul. Malahan, dia juga berazam utk menjadi ibu sekali gus menjaga anak-anak dengan lebih baik lagi di masa akan datang.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun belum dapat memaafkan sepenuhnya usahawan wanita berkenaan susulan banyak kontroversi telah terkait dengan dirinya sebelum ini. Sebaliknya, mereka menasihatinya agar ambil iktibar daripada kejadian ini & senyap daripada media sosial dahulu utk sementara waktu.

Kredit : TikTok sagittarius_women & sampin_eklusif_trengganu, viralnewsupdates.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tdk mampu utk memantausemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew bermula esok | Article Update

PERBICARAAN kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew berkait gangguan seksual akan bermula …

Leave a Reply

Your email address will not be published.