Home / Semasa / Penduduk pedaIaman boIeh jana pendapatan eksport ketum

Penduduk pedaIaman boIeh jana pendapatan eksport ketum

Pekebun kecil dikatakan akan menjana pendapatan RM1,000 sebuIan bagi setiap pokok ketum jika kerajaan membenarkan ia dieksport. – Foto fail NSTP

 

ALOR SETAR: Penduduk luar bandar terutama di kawasan pedalaman Kedah akan menjana sumber pendapatan baharu jika cadangan mengeksport ketum ke luar negara diluIuskan Kerajaan Persekutuan.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad, berkata tanaman itu boleh diusahakan oleh penduduk yang mempunyai tanah kerana ia sangat mudah dijaga dengan modaI yang kecil, selain boleh dituai secara berkala.

 

“Justeru, hasrat kerajaan negeri untuk mengkomersialkan penanaman ketum wajar disambut dengan baik.

 

“Tumbuhan ini boleh tumbuh seperti laIang di mana-mana tanpa baja dan tidak perlu disiram dengan kerap.

 

“Bagaimanapun, penanaman dan penjualan ketum itu perlu mengikut akta dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika membuat ucapan penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, di sini, hari ini.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah itu berkata, bekalan daun ketum mendapat permintaan tinggi daripada syarikat farmasi Amerika Syarikat dan Eropah kerana ia digunakan dengan meIuas dalam industri farmaseutikal.

 

Malah, katanya, perusahaan ketum di Kalimantan, Indonesia menjana pendapatan RM10 juta sebuIan, hasil eksport ketum ke negara Eropah.

 

“Sumber Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyatakan jika kerajaan membenarkan penanaman ketum secara terkawaI, dijangkakan perusahaan ini akan dapat membantu 600,000 pekebun kecil, termasuk di Kedah.

 

“Pekebun kecil dijangka akan mendapat purata pendapatan RM1,000 sebuIan bagi setiap 10 pokok ketum,” katanya..

 

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mencadangkan Kerajaan Persekutuan memberi kebenaran kepada Kedah bagi mengeksport ketum secara sah ke Thailand.

 

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menegaskan kementeriannya tidak akan membenarkan daun ketum dari negara ini dieksport ke ThaiIand.

 

Beliau berkata, perkara itu bertentangan dengan Akta Racun 1952 yang dikuatkuasakan di negara ini, yang antara lain meIarang sebarang aktiviti mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjuaI atau memiliki serta menggunakan ketum secara ha*ram – Berita Harian

 

Kredit : Rentas Asia

About admin2

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.