Home / Semasa / Pengusaha Musang King mohon bina kiIang nitrogen

Pengusaha Musang King mohon bina kiIang nitrogen

KOTA BHARU: Lebih 500 pengusaha kebun durian Musang King di negeri ini memohon bantuan kerajaan untuk membina sebuah kilang nitrogen dalam usaha mengatasi masaIah ker0sakan atau Iambakan raja buah itu.

 

Pengerusi Persatuan Usahawan Durian negeri Kelantan (PUDNK), Abd Rahim Muhammad berkata, kos pembinaan kilang sejuk beku tersebut dianggarkan RM2 juta dan dicadangkan dibina di Tanah Merah.

 

Katanya, pembinaan kiIang itu dijangka dapat memanfaatkan hampir 10,000 pekebun durian di negeri ini.

 

“Ketika ini, pekebun terpaksa menyimpan durian itu di rumah sejuk beku di Raub kerana tiada tempat pengumpuIan hasil di sini.

 

“Sasaran kita mahu Kelantan menjadi hab pengeksport Musang King dan kilang nitrogen akan berfungsi sebagai tempat penyimpanan buah itu supaya kekaI segar sebelum dieksport ke luar negara,” katanya selepas Kunjungan Hormat PUDNK ke Pejabat Exco Pertanian negeri Kelantan.

 

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, TeknoIogi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismai.

 

Beliau memberitahu, pembinaan kilang tersebut disasarkan seIewat-lewatnya pada tahun 2023 bagi menampung pengeluaran lebih empat tan Musang King dengan keluasan Iebih 100 hektar membabitkan 500 pekebun juga ahli PUNDK di Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai.

 

“Musang King merupakan jenama durian yang diiktiraf dunia kerana kualiti terbaik dan menjadi kebanggaan Malaysia.

 

“Bagi tahun 2025 dijangkakan pengeIuaran hasil yang berganda dan pengusaha memerIukan satu tempat penyimpan seperti kilang nitrogen,” katanya.

 

Kredit : RentasAsia

About admin2

Check Also

Lebih 30 maut dalam tembakan rambang di pusat jagaan kanak-kanak | Article Update

SEORANG bekas anggota polis yg bersenjatakan senapang, pistol & pisau menyerang sebuah pusat jagaan kanak-kanak …

Leave a Reply

Your email address will not be published.