Home / Semasa / Malaysia Akan Menjalankan Penyelidikan Bagi Penghasilan Benih Padi Kalis Banjir Dan Kalis Kemarau

Malaysia Akan Menjalankan Penyelidikan Bagi Penghasilan Benih Padi Kalis Banjir Dan Kalis Kemarau

Perdana Menteri kini telah meminta agar MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) melalui Agensi Nuklear Malaysia untuk menjalankan penyelidikan bagi penghasilan benih padi yang berdaya tahan tinggi jika ditenggelami air – khususnya apabila berlaku banjir.

 

Hal ini selari dengan cuaca ekstrem tidak menentu akhir-akhir ini, sekaligus membantu petani dan pesawah agar tidak rugi tanaman jikalau berlaku banjir.

 

Untuk makluman, Agensi Nuklear Malaysia sedia melakukan penyelidikan bagi menghasilkan variasi benih padi yang ditambah-baik. Buat masa ini, salah seorang pegawai penyelidik Agensi Nuklear Malaysia sedang membuat kajian PhD untuk mendapatkan padi yang rintang banjir melalui kacukan balik bersama benih padi berbeza.

 

Pada masa yang sama juga, penyelidikan padi tahan kemarau juga sedang dibuat tahun ini, menggunakan padi tradisional wangi hitam diaruh mutasi menggunakan alur ion khidmat sinaran yang diperoleh daripada Quantum and Radiological Science and Technology.

 

Seperti pelbagai kajian, penyelidikkan ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum variasi padi yang berpotensi dihasilkan untuk kegunaan petani dan pesawah.

 

Sebelum ini, di Jepun, mereka turut sedang melakukan kajian dan menghasilkan padi kalis air masin.

 

Kredit : Amanz Network

About admin2

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.