Home / Semasa / Bertuah Pinjam ‘Mic’ Hael Husaini”- Tak Sangka Elica Paujin Jadi Juara ‘Big Stage’ Menang RM100,000

Bertuah Pinjam ‘Mic’ Hael Husaini”- Tak Sangka Elica Paujin Jadi Juara ‘Big Stage’ Menang RM100,000

Kuala Lumpur: Penyanyi Elica Paujin yg dinobatkan juara program Big Stage 2022 tdk menjangka apabila penyanyi Hael Husaini sudi meminjamkan mikrofon peribadi miliknya pada peringkat akhir yg berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Elica yg tampil berduet dengan Hael menerusi lagu Believer berkata, dia sudah lama mengenali penyanyi itu & teruja apabila dapat membuat persembahan menggunakan mikrofon itu.

“Terharu sangat apabila dia sudi meminjamkan mikrofon miliknya kepada saya. Saya tahu harga  mikrofon agak mahal & takut nak pegang. Tapi Hael beri saya kepercayaan utk menggunakannya pada peringkat akhir Big Stage.

“Tidak dinafikan, mikrofon itu membantu menjadikan suara saya lebih jelas. Saya sudah lama kenal Hael & dia sering berkongsi nasihat supaya saya memberikan persembahan yg terbaik,” katanya.

Menurut Elica, melihat kejayaan Hael sebagai  penyanyi & komposer terkenal, dia tdk menolak utk bekerjasama dengan Hael pada masa mendatang.

“Sudah tentulah saya mahukan sebuah lagu ciptaan Hael.

“Semua sedia maklum dia komposer hebat & sudah berjaya menang anugerah menerusi lagu ciptaannya sebelum ini,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan duit kemenangan RM100,000, Elica berkata, separuh daripada duit itu bakal diberikan kepada keluarganya.

“Saya sudah berjanji jika menang saya akan beri separuh wang kepada keluarga.

“Selain itu, saya juga sudah berniat utk adakan satu mini persembahan istimewa buat peminat di Sabah k3rana mereka tak dapat datang ke Kuala Lumpur menyaksikan persembahan saya secara langsung. Showcase ini boleh dikatakan sebagai hadiah kepada mereka,” katanya.

Elica Paujin juara Big Stage 2022

Beban emosi & penghayatan jitu dalam persembahan Elica Paujin ketika mendendangkan lagu Cinta nyanyian asal, Marsha Milan di pentas akhir Big Stage 2022 di sini, malam tadi, memberi kelebihan kepada gadis Sabah itu utk diangkat sebagai juara.

Menewaskan empat peserta lain, Elica meraih hadiah wang tunai RM100,000 & trofi.

Selain lagu Cinta, Elica tampil bersama Hael Husaini mendendangkan lagu Believer pada pentas akhir yg berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.

Tempat kedua dimenangi seorang lagi peserta berasal dari Sabah, Danial Chuer manakala tempat ketiga milik Aisha Retno.

Yazmin Aziz pula diumum meraih tempat keempat diikuti Tegar Septian di tempat kelima.

Danial membawa pulang wang tunai RM50,000 & trofi manakala Aisha wang tunai RM25,000 serta trofi.

Menitiskan air mata di pentas, Elica sangat terharu & berterima kasih kepada semua pihak atas kejayaannya.

“Syukur kepada Tuhan atas rezeki yg diberi. Terima kasih kepada abang Ajai & Datuk Seri Siti Nurhaliza k3rana beri banyak ilmu kepada saya.

“Juga ucapan terima kasih kepada peminat, ibu bapa & Astro k3rana memberi peluang kepada saya menyertai Big Stage 2022,” katanya.

Pada edisi keempat program realiti itu, Siti & Ajai menduduki kerusi juri tetap & Datuk Seri Vida bertindak sebagai Presiden Netizen.

Juri Juara pada minggu ini adalah Aliff Aziz manakala Juri Pedas, Elly Mazlein serta juri jemputan, Aina Abdul. Big Stage 2022 dihoskan Alif Satar & Sherry Alhadad.

Sumber: metro & bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini.Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Ibu terlelap kepenatan, bayi meninggal dunia akibat tersedak susu | Article Update

Pilu hati seorang ibu apabila bayinya yg baru berusia sebulan pergi buat selama-lamanya akibat tersedak …

Leave a Reply

Your email address will not be published.