Home / Semasa / Doktor Ajar Cara Nak Lepaskan Kemaluan Kanak-Kanak Yang Tersepit Pada Zip Seluar | MyBlog

Doktor Ajar Cara Nak Lepaskan Kemaluan Kanak-Kanak Yang Tersepit Pada Zip Seluar | MyBlog

Minggu lalu, sepasukan anggota bomba terpaksa dikerahkan utk menyelamatkan seorang kanak-kanak malang di Semporna, Sabah.

Kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun tersebut didapati telah tersekat kemaluannya pada zip seluar selepas kembali dari tandas.

Dengan menggunakan peralatan khas, pihak bomba berjaya menamatkan operasi tersebut tanpa sebarang kejadian yg lebih buruk berlaku.

BACA: Proses Penyembuhan Luka Sunat Yang Ibu Bapa Perlu Ambil Perhatian

Walaupun berbeza bentuk & saiz, rasanya setiap lelaki memang hampir pasti pernah melalui pengalaman yg sama, betul tak?

Memang agak keterlaluan utk menyamakan kesakitan & azab yg dirasai dengan sakit wanita ketika hendak bersalin, namun hal ini perlu dianggap lebih serius k3rana ianya juga sering dihadapi oleh golongan remaja & dewasa & boleh membahayakan kesihatan.

Satu contoh visual yg lebih jelas dapat dilihat dalam satu babak filem There’s Something About Mary (1998) yg menyaksikan watak lakonan Ben Stiller cedera parah sehingga terpaksa diusung menaiki ambulans.

Seorang pakar perubatan kecemasan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Ahmad Zakimi Abdullah atau panggilan ‘glamer’nya Dr Zek, telah berkongsi panduan berikut di Facebooknya bagi membantu golongan guru-guru & ibu bapa menghadapi situasi yg sama pada masa hadapan.

Dr Zek

“Doktor! Doktor! Tolong murid saya doktor!” Jeritan seorang guru bergegas masuk ke Jabatan Kecemasan.

“Nape ni cikgu?” Tanyaku.

“Tersepit ni! Tersepit!” Cikgu tersebut kelihatan panik.

“Apa yg tersepit ni cikgu? Bertenang… bertenang,” ujarku sambil menenangkan cikgu.

“Bebird… bebird anak murid saya ni tersepit kat zip seluar, doktor.”

“Ohhh. Takpe cikgu. Nanti saya usahakan. Mana mak ayah dia?”

“Ayah dia on the way ke sini, doktor”

Kelihatan murid darjah 1 yg dibawa menangis teresak-esak. Sakit sangat barangkali. Kami tau macam mana sakitnya tu. Perempuan ap4 tau. Ngilu tau.

Begitulah. Banyak juga kes-kes kemaluan khususnya kanak-kanak lelaki tersepit atau tersangkut zip seluar. Biasa kanak-kanak pra-sekolah sehingga darjah 3 ada saja. Dalam tempoh ini mereka belum berkhatan.

Senang tersepit adalah bahagian kulit hujung zakar atau kita panggil ‘preputial skin’. Risiko tersepit pada yg belum khatan berbanding yg sudah berkhatan.

Aku terangkan langkah-langkah yg boleh dilakukan jika zakar anak-anak tersepit zip seluar;

Ibubapa atau guru jangan panik. Tenangkan mangsa.
Jangan gunting atau tanggalkan seluar. Minta pertolongan atau bawa ke klinik atau hospital yg berdekatan jika tak pasti atau tak mampu lepaskan zakar yg tersepit.
Jika mahu cuba, kalian boleh terus baca kaedah atau teknik di bawah.

Ada beberapa kaedah atau teknik utk lepaskan zakar tersepit zip jika kalian yakin utk lakukan. Kalian boleh rujuk gambar kedua utk tahu anatomi zip.

Dr Zek

KAEDAH LEPASKAN SECARA MANUAL

Sapukan minyak zaitun atau mineral dengan kadar yg banyak dibahagian kulit zakar & zip. Biarkan selama 10 minit.
Cuba buka zip perlahan-lahan.
Jangan cuba membuka zip seluar dengan cara memaksa yg boleh mengakibatkan avulsi atau luka pada kulit.
Jika tak berjaya mencuba sila bawa ke Jabatan Kecemasan dengan kadar segera.

KAEDAH PEMOTONGAN ‘MEDIAN BAR’

Jika kulit tersepit di antara ‘slider’ & gigi zip (rujuk gambar ketiga).

3 Dr Zek

Potong ‘median bar’ zip dengan pemotong wayar jenis heavy-duty.
Plat depan & belakang zip akan terpisah & kulit yg terperangkap juga akan terlepas.

Jika kulit zakar tersepit di antara dua gigi zip (rujuk gambar keempat).

Dr Zek

Potong ‘median bar’ pada ‘slider’ zip.
Tarik dua-dua baris gigi secara manual utk melepaskan kulit yg terperangkap.

KAEDAH MEMOTONG KAIN SEKELILING GIGI ZIP (rujuk gambar kelima)

Dr Zek

Kaedah ini boleh dilakukan jika kulit terperangkap di antara dua gigi zip & jika tiada pemotong wayar.

Gunting kain bahagian memegang zip pada seluar (garis putus-putus panjang seperti dalam gambar).
Potong kain di antara gigi yg memerangkap kulit dengan menggunakan gunting kecil (garisan putus-putus kecil seperti dalam gambar).
Pisahkan gigi & bebaskan kulit yg terperangkap.

Di hospital, biasanya kami guna ubat bius (kebas) jenis sapuan & ada juga bius secara suntikan sebelum prosedur dilakukan.

Jika bahagian kulit zakar tercedera barulah kami akan pertimbangkan utk khatankan.

Secara dasarnya lebih baik kita pakaikan seluar dalam utk anak-anak bagi mengelakkan ‘bebird’ tersepit.

Burung adik tersepit, insya-Allah Dr Zek bebaskan ya.

Dr Zek

Sumber & kredit foto: Facebook Ahmad Zakimi Abdullah, TheStar

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.