Home / Semasa / Peniaga jalanan sorok jeruk dalam longkang, tepi loji kumbahan | MyBlog

Peniaga jalanan sorok jeruk dalam longkang, tepi loji kumbahan | MyBlog

Johor Bahru: Bagi mengelakkan tindakan pihak berkuasa, sekumpulan penjaja jeruk sanggup menyimpan & menyorok produk berkenaan di dalam longkang & berhampiran kawasan loji kumbahan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Johor (KJSPT), Superintendan M Kumarasan berkata, perbuatan itu terbongkar apabila pihaknya mengadakan Ops Khas Penjaja Jalanan di sekitar kawasan Bandar Baru Uda di sini, pada 2.30 petang semalam.

Beliau berkata, ia susulan aduan yg diterima oleh masyarakat yg semakin berleluasa di sekitar kawasan Johor Bahru.

Menurutnya, operasi yg diketuai PT Penguatkuasa JSPT Johor, Asisten Superintendan Mohd Zainudin Abu Bakar bersama lima anggota polis adalah operasi berkala yg dijalankan dalam menangani isu penjaja jalanan.

“Berdasarkan statistik & data yg diperoleh, sebanyak 52 lokasi tumpuan penjaja jalanan di dalam negeri Johor & tumpuan utama adalah di persimpangan lampu isyarat di laluan utama.

“Hasil operasi yg mendapati bungkusan makanan pencuci mulut itu disorok di lokasi yg tdk sepatutnya iaitu di dalam longkang & berhampiran kawasan kumbahan bagi mengelak tindakan diambil oleh pihak penguatkuasa.

“Ia adalah sikap yg tdk bertanggungjawab & memandang remeh berkaitan isu kebersihan makanan & risiko penyakit bahaya disebarkan sekiranya ia tercemar.

“Sikap individu yg mencari jalan mudah dengan meraih simpati pengguna jalan raya dengan menggajikan pekerja asing bagi menjaja buah jeruk berkenaan tanpa mengira risiko & bahaya kepada penjaja & pengguna jalan raya yg lain terutama boleh mengundang kemalangan,” katanya.

Kumarasan berkata, aktiviti menjaja di jalan awam adalah kesalahan yg menyalahi peraturan & undang-undang.

“Mana-mana individu yg menjalankan urusan jual beli di jalan awam iaitu menjual & membeli boleh diambil tindakan mengikut kaedah 10A (1) & kaedah 10A (2) LN 166/59 & boleh diambil tindakan denda tdk melebihi RM2,000 jika disabitkan kesalahan.

“Malah di bawah undang-undang kecil PBT, ia juga perbuatan melanggar peraturan & boleh diambil tindakan kompaun & sita semua barang-barang yg dijaja.

“Kami mengingatkan supaya aktiviti menjaja di jalan awam ini perlu dihentikan bagi memastikan tdk berlakunya perkara yg tdk diingini khususnya kemalangan maut & secara tdk langsung mengganggu kelancaran aliran trafik di lampu isyarat.

“Selain itu, persepsi & rasa simpati terhadap golongan ini perlu difikirkan k3rana ada pihak lain yg tdk bertanggungjawab mengambil peluang dengan mengupah warga asing tanpa mempedulikan aspek kebersihan terhadap makanan bagi mengaut keuntungan dengan mudah & cepat,” katanya menerusi siaran media hari ini.

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.