Home / Makanan / Resepi Chicken Chop Mudah

Resepi Chicken Chop Mudah

RESEPI CHICKEN CHOP MUDAH

 

Bahan2

1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )

1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)

3 sudu besar sos tiram ( sy ganti ngn sos bbq)

1 sudu besar sos cili

1 sudu besar kicap manis

1 sudu makan kicap masin

1 sudu makan jus limau

1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)

1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)

1 sudu besar madu

 

Cara Penyediaan

1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selama beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.

2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna microwave oven je lebih mudah!

 

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam / bbq sos

 

1 labu bawang besar ( potong dadu)

1 sudu besar mentega

2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)

1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )

3 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )

1 sudu makan sos tomato atau sos chili

1 sudu besar sos black pepper

1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)

1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.

Sedikit garam dan gula

 

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.

2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.

3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Kalo rase tak cukup pekat bole la tambah lagi bancuhan tepung gandum. Boleh di angkat dan dihidangkan

Boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong kalo nak.

Hidanglah chicken chop dengan kentang goreng, salad, timun dan tomato segar!!!

 

Coleslaw

Bahan-bahan :

Kubis potong halus

Lobak disagat

Mayonis secukupnye

1 sudu besar jus lemon

Garam

Gula

 

campur dan gaul sebati semua bahan dan sesuaikan rasa.

simpan dlm peti sejuk sebelum hidang.

Selamat mencuba..

 

Kredit : Resepi Harian

About admin2

Check Also

Resepi Nasi Ayam Sedap, Suri Rumah Wajib Cuba

Siap dah nasi ayam memikat hati suami ni😋 Saya share resepi nasi ayam ye Ayam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.