Home / Semasa / Sertai Big Stage Demi Keluarga, Tinggal Isteri Dan Anak Usia 2 Thn Di Indonesia, Akhirnya Tegar Menang RM15,000

Sertai Big Stage Demi Keluarga, Tinggal Isteri Dan Anak Usia 2 Thn Di Indonesia, Akhirnya Tegar Menang RM15,000

BERKAHWIN & memiliki anak pada usia muda menjadikan penyanyi Tegar Septian seorang yg lebih matang & sentiasa berfikir tentang masa depan.

Tegar, 22, juga mengakui ia bukanlah satu tanggungjawab yg mudah & kehidupan berumah tangga adalah cabaran utk dia sentiasa belajar erti kesabaran.

“Sekarang masa utk bersama kawan-kawan tdk seperti dahulu lagi. Perlu lebih fokus kepada keluarga & anak.

“Menjadi bapa pada usia muda membuatkan saya lebih dewasa. Saya harus fikir tanggungjawab & bekerja utk masa depan keluarga,” ujar Tegar kepada mStar.

Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheilka pada Mac 2020 & mereka kini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yg diberi nama Abidzar Oktaviano Putra Septian

Demi masa depan & kesenangan keluarganya, Tegar terpaksa berpisah dengan mereka bagi menyertai program Big Stage 2022 (BSSS) diadakan di Malaysia.

“Mereka semua menyokong kerjaya saya & penyertaan saya ini juga adalah demi masa depan kerjaya yg utk kesenangan mereka.

“Ada perancangan utk membawa isteri & anak datang ke Kuala Lumpur. Semoga segala urusan dipermudahkan & kami dapat bersama nanti,” jelasnya.

Penyertaan Tegar dalam BS22 juga bagai pengenalan semula kepada peminat yg di sini.

Penyanyi berasal dari Subang, Indonesia ini mencipta nama menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang & berharap masih ada peluang utk kembali dikenali dalam industri muzik Malaysia.

“Jika ada rezeki saya di sini, pasti mahu berada di Malaysia. Semoga penyertaan saya ini akan sampai ke peringkat akhir.

“Dalam hidup & kerjaya ini saya hanya follow the flow sahaja. Apa yg penting tetap terus berkarya,” ujarnya.

BERIKUT KEPUTUSAN PENUH FINAL BIG STAGE 2022:

Juara – Elica Paujin (78.93%)

Naib juara – Danial Chuer (72.62%)

Tempat ketiga – Aisha Retno (71.04%)

Tempat keempat – Yazmin Aziz (59.35%)

Tempat kelima – Tegar Septian (59.13%)Pada konsert akhir yg berlangsung dengan penuh meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam, Elica membawakan dua buah lagu iaitu Cinta nyanyian asal Marsha Milan & Believer (duet bersama Hael Husaini).Danial Chuer yg bergelar naib juara membawa pulang wang tunai RM50,000 & Aisha Retno menerima hadiah RM25,000 beserta trofi.Sementara itu, Yazmin Aziz & Tegar Septian yg mengisi tempat keempat serta kelima membawa pulang wang hadiah berupa wang tunai RM15,000 & RM10,000 beserta trofi.>Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).

Siapa Tegar? Pemilik nama penuh Tegar Septian ini adalah seorang penyanyi remaja Indonesia yg melibatkan diri dalam rancangan realiti nyanyian, Big Stage Musim 4.

Edisi 2022 itu turut menyenaraikan 11 penyanyi generasi baharu atau Budak Baru Nak Up (BBNU) yg lain sebagai barisan peserta iaitu Aisha Retno, Danial Chuer, Tuah Adzmi, Lia Aziz, Megat Rahim, Elica Paujin, Sofiaa Marieylla (Jerung Merah), Yazmin Aziz, Ajoi Zainal, Syafiq Abdilah (Brunei) & Iqbal Zulkefli.

Biodata

Nama sebenar: Tegar Septian

Nama pentas: Tegar Septian, Tegar

Umur: 21 tahun (2022)

Tarikh lahir: 18 September 2001

Asal: Subang, Jawa Barat, Indonesia

Kerjaya: Penyanyi

Instagram (IG): @tegar_official

Latar Belakang

1. Pernah menjadi busker di Indonesia sejak usia lapan tahun k3rana menyara kehidupan keluarganya yg miskin.

2. Terjun ke bidang hiburan sejak tahun 2013.

3. Mencipta populariti di usia muda 11 tahun.

4. Mula terkenal sebagai penyanyi kanak-kanak menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang ketika masih menjadi pemuzik jalanan.

5. Kariernya berterusan dengan penghasilan album menerusi deretan lagu popular seperti I Love You, Sahabat Kecil (My Childhood Friend), Cinta Bohongan (Suka2an), Cintamu Bukan Untukku & Salahkah Aku Memujamu.

6. Berkahwin dengan youtuber, Sarah Sheila Kamilia pada 20 Mac 2020 di usia 19 tahun & dikurniakan seorang anak lelaki bernama Abidzar Oktaviano Putra pada tahun sama.

7. Isteri Tegar yg berumur 25 tahun adalah seorang bekas janda yg pernah mendirikan rumah tangga selama enam bulan, namun bercerai di usia 21 tahun k3rana jodoh yg tdk panjang.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tdk mampu utk memantausemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.