Home / Semasa / 15 orang paling kaya di Malaysia

15 orang paling kaya di Malaysia

MAJALAH perniagaan popular Amerika Syarikat, Forbes mengeluarkan senarai bilionair dunia.

 

https://www.forbes.com/real-time-billionaires/?fbclid=IwAR0SA3WZwokRvUbcy_nXlZUEe-OsIPOp-FhSfnSVstPj0loDI7d10FR8okA#bff3ef3d788b

 

Ribuan bilionair telah disenaraikan, 15 daripadanya merupakan usahawan dari Malaysia yang menceburkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan.

 

Pengasas Shangri-La Hotels and Resorts atau Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok berada pada kedudukan teratas orang paling kaya di Malaysia.

 

Menurut senarai terkini bilionair di Forbes, berikut butiran lanjut lima orang terkaya di Malaysia terkini adalah seperti berikut:

 

1.Tan Sri Robert Kuok

Berada di tangga ke-173 dunia, Tan Sri Robert Kuok, 98, adalah bilionair paling kaya di Malaysia. Taikun industri kelapa sawit, perkapalan dan hartanah itu memiliki nilai bersih AS$11.9 bilion bersamaan RM50.14 bilion.

 

2.Tan Sri Quek Leng Chan

Tan Sri Quek Leng Chan, 80, adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Hong Leong di Malaysia dan Kumpulan Guoco di Hong Kong. Beliau berada di tempat ke 194 senarai bilionair dunia dan kedua terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$10.5 bilion (RM44.24 bilion).

3.Tan Sri Teh Hong Piow

Pengasas dan Pengerusi Public Bank Malaysia ini menduduki tempat ketiga manusia terkaya di Malaysia. Beliau menceburkan diri dalam dunia perbankan pada 1966 selepas meninggalkan jawatan Pengurus Besar di Malayan Banking Berhad. Pada usia 92 tahun, namanya berada pada kedudukan 433 dalam senarai dengan kekayaan berjumlah AS$6.1 billion (RM25.72 bilion).

 

4.Tan Sri Ananda Krishnan

Menduduki tempat 485 senarai Bilionair Forbes, Ananda, 83, memulakan sebuah empayar multimedia pada tahun 1990-an. Selain itu, industri minyak adalah yang pertama diceburinya. Ananda mempunyai nilai bersih AS$5.6 bilion (RM23.61 bilion).

 

5.Tan Sri Koon Poh Keong

Ketua Pegawai Eksekutif Press Metal berusia 59 tahun ini berada di tempat ke-588 dalam senarai Bilionair Dunia 2021.Kekayaan dimiliki beliau pada tahun ini dianggarkan bernilai AS$4.9 bilion (RM20.66 bilion) hasil daripada pendapatan perniagaan aluminium yang diusahakannya.Syarikat yang dibangunkan pada 1986 itu kini berstatus sebagai pengeluar aluminium terbesar di Asia Tenggara yang bersaing dengan pengeluar utama lain di serata dunia lain.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Press Metal berusia 59 tahun ini berada di tempat ke-588 dalam senarai Bilionair Dunia 2021.Kekayaan dimiliki beliau pada tahun ini dianggarkan bernilai AS$4.9 bilion (RM20.66 bilion) hasil daripada pendapatan perniagaan aluminium yang diusahakannya.Syarikat yang dibangunkan pada 1986 itu kini berstatus sebagai pengeluar aluminium terbesar di Asia Tenggara yang bersaing dengan pengeluar utama lain di serata dunia lain.

Selain itu, berikut senarai hartawan keenam hingga kelima belas di Malaysia:

 

6. Datuk Lee Yeow Chor dan Yeow Seng Lee- AS$4.7 bilion (RM19.82 bilion) – kedudukan 611 dunia

 

7.Tan Sri Dr Chen Lip Keong AS$3.1 bilion (RM13.07 bilion) – kedudukan 971 dunia

 

8.Kuan Kam Hon dan keluarga AS$2.2 bilion (RM9.28 bilion) – kedudukan 1408 dunia

 

9.Tan Sri Lau Cho Kun – AS$2.2 bilion (RM9.28 bilion) – kedudukan 1444 dunia

 

10.Tan Sri Lim Kok Thay – AS$2.0 bilion (RM8.43 bilion) – kedudukan 1491 dunia

 

11.Kie Chie Wong – AS$1.8 bilion (RM7.59 bilion) – kedudukan 1673 dunia

 

12.Tan Sri Lim Wee Chai – AS$1.7 bilion (RM7.17 bilion) – kedudukan 1717 dunia

 

13.Tan Sri G. Gnanalingam – AS$1.7 bilion (RM7.17 bilion) – kedudukan 1743 dunia

 

14.Tan Yu Yeh – $1.5 bilion (RM6.32 bilion) – kedudukan 1868 dunia

 

15.Syed Mokhtar AlBukhary – $1.4 bilion (RM5.9 bilion) – kedudukan 2050 dunia

 

Kredit : sinar harian

About admin2

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.