Home / Semasa / Adakah Perlu Tunjuk Kereta Mewah Sebagai Tanda Berjaya Dalam Bisnes? | MyBlog

Adakah Perlu Tunjuk Kereta Mewah Sebagai Tanda Berjaya Dalam Bisnes? | MyBlog

Memang sudah sebati dalam pemikiran rata-rata rakyat Malaysia, sekiranya bisnes seseorang itu berjaya, maka kayu ukurannya ialah — kereta mewah.

Lebih maju bisnes atau kerjaya seseorang itu, nescaya lebih mewahlah kereta atau kenderaannya. Betul tak? Memang mentaliti rakyat Malaysia pun dah macam tu.

Sebab itu, tdk hairanlah ‘sifu-sifu’ bisnes pun memang gemar membuat hantaran foto bersama status kemewahan mereka seperti Lamborghini, Ferrari, Mustang, McLaren, Maserati, Alphard & Vellfire semua tu.

Sejauh mana kebenaran ukuran kemewahan ini? Kalau bisnes berjaya juta-juta, tapi rasa nak bawa Myvi je tak boleh ke? Orang tak pandang ke? Kalau Civic, okey tak?

BACA: “Dia Datang Naik Myvi Je” – Pengajaran Dari Sebuah Kisah ‘Reunion’ Sekolah Dengan ‘Plot Twist’ Yang Tidak Dijangka

Seorang usahawan, Hairul Nizam Hashim berkongsi satu kisah menarik mengenai pengalamannya yg pernah terjerumus dengan kegilaan menunjuk-nunjuk status ini sehingga beliau jatuh muflis.

Kisahnya yg dikongsi di Facebook ini penuh dengan keinsafan & wajar dijadikan iktibar utk orang ramai terutama sekali mereka yg berada di dalam dunia bisnes.

Hairul Nizam Hashim

Saya tak pasti mana cikgu yg ajar jika nak tunjuk ke orang bisnes kita berjaya, kena pakai Alphard, pakai Vellfire. Saya 12 tahun dulu pun terjebak juga. Sampai sekarang ajaran sesat ni masih berleluasa.

Nak kata pakai Alphard anak ramai, nak selesa, pakai kereta lain pun selesa juga. Memang nak show off ke orang sebenarnya. Orang kita pun still sanjung mereka yg show off kereta ni. Konon ini orang yg berjaya dalam bisnes. Sampaikan kereta mewah sewa pun terpedaya juga.

Ni cerita saya pakai Alphard tahun 2010. Modified habis RM30k sebab nak nampak grand punya pasal. Masa ni saya owner company MLM memang kena show off. Sales memang berjuta sebulan tapi kesan dia saya tanggung sampai sekarang. Saya bankruptcy sebab Alphard.

Lepas company tutup, saya bawa Alphard pergi niaga Uptown. Saya sewakan ke orang. Saya bawa orang pergi airport. Saya sewa jadi kereta pengantin. Semua sebab nak bayar ansuran bank RM2700 sebulan. Last-last saya surrender. Saya jual sambung bayar. Ada agreement semua mereka janji nak sambung bayar ke bank. Duit dapat dalam RM10k saya beli van Rusa buruk. Ya, dari Alphard jadi Rusa van.

Company sambung bayar mula-mula kata kereta tu boss dia nak pakai. Tapi dia jadikan hadiah skim MLM dia. Kira macam car reward. Ada satu Dato’ di Kelantan dapat. Start dari tu dah tak bayar sebab owner dapat hadiahkan, kenapa nak bayar ke bank? Lepas tu Dato’ tu meninggal pula. Waris ap4 pun tak tahu sampai Alphard kena tarik.

Hutang ada RM100k lagi lepas kereta kena lelong. Ya lah beza loan kena top up. Bank mana nak rugi. Memang bank failkan bankruptcylah. Sampai sekarang menanggung azab bayar bulan-bulan ke insolvensi.

So, seronok ke pakai kereta mewah? Seronok sekejap je azabnya lama. Belum masuk maintenance yg mahal.

Sekarang ni lebih mampu dari dulu kalau nak pakai Alphard atau kereta mewah lain. Tapi takkan ulangi kesilapan lama. Pakai je Xpander baru bayar cash tak ada hutang. Selesa pun sama, minyak jimat. Hutang tak ada.

Orang kata bisnes aku tak berjaya sebab tak ada kereta mewah? Lantak kau oranglah aku peduli ap4. Yang tanggung azab nanti aku bukan kau orang.

Update sikit buat yg kecam saya kenapa sales berjuta tak beli Alphard cash. Sales berjuta tu sales company bukan masuk poket saya. Kami as director makan gaji juga. Ambik Alphard sebab ingat langit sentiasa cerah. Mana nak tahu hujan di tengah jalan hingga putus income.

Dugaan saya putus income kereta struggle nak bayar. Setahun juga lepas company tutup buat macam-macam nak tanggung kereta. Akhirnya tak sanggup & let go.

Ada orang dugaan putus income. Ada orang dugaan kesihatan tak boleh kerja. Lain orang, lain dugaan. Beringat saja bila nak pakai kereta mewah. Fikir banyak kali.

Yang berjaya tanggung kereta mewah tahniahlah. Saya wakil orang yg tak berjaya. Janganlah marah bila saya tak berjaya macam kau orang..

Post ni bukan nak kecam orang pakai Alphard. Saya cerita pengalaman saya gagal pakai Alphard. Kalau time tu pakai Mustang, saya cerita Mustanglah. Dah nak kena dengan Alphard nak buat macam mana..

Sumber & kredit foto: Facebook Hairul Nizam Hashim

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.