Home / Semasa / Dron Aris Ariwatan Tiba2 Hil4ng Secara Misteri. Bila Dpt Ini Yg Dia Nampak

Dron Aris Ariwatan Tiba2 Hil4ng Secara Misteri. Bila Dpt Ini Yg Dia Nampak

Penyanyi & komposer lagu Kenyir… Keindahan Alami, Aris Ariwatan berdepan detik menyeramkan ketika hari terakhir penggambaran lagu tema terbabit.

Jelas Aris, 57, ketika mahu menghabiskan penggambaran pada hari keempat, dron yg dikawal oleh produksinya tiba-tiba gagal dikesan.

“Masa shooting hari terakhir, ‘signal’ sampai. Dron saya terbang utk shot terakhir setelah tiga hari di sini (Tasik Kenyir), tiba-tiba gagal dikesan. Lost di satu tempat kalau tak silap di Kampung Belimbing.

“Saya tak risaukan dron itu tapi footage dalamnya. Kami panik, lepas 10 minit dengan izin Allah dapat balik dron tu.

“Saya ingat habis situ, bila balik studio edit, rupa-rupanya ‘dia’ belanja shot begitu cantik. Shot memang saya nak cari, memang cantik! Tidak terlampau artistik, seolah-olah menggambarkan ‘akulah Kenyir’! ‘Dia’ memang nak bagitahu terima kasih,” katanya kepada Gempak.

Dron Aris Ariwatan Hilang Masa Shooting Tasik Kenyir, Ada ‘Benda’ Sorok – “Bila Jumpa Balik, ‘Dia’ Nak Belanja Shot Paling Cantik”

Aris ditemui pada majlis pelancaran lagu Kenyir… Keindahan Alami yg menjadi lagu tema sesulan kempen Tahun Melawat Kenyir 2021.

Lagu itu merupakan usahasama Aris & Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melalui Ketengah Holding Sdn. Bhd. yg dipengerusikan oleh Senator Datuk Razali Idris.

Menjadi penyanyi yg bukan berasal dari Terengganu namun mempromosikan produk negeri berkenaan, jelas Aris dia sentiasa terbuka utk berkolaborasi dengan mana-mana pihak yg berminat dengan hasil kerjanya.

“Perak tak panggil saya buat lagu, jadi saya buat siapa panggil. Mereka mempercayai hasil kerja itu & saya harap mesej sampai.

“Ramai tak tahu saya menulis lagu Pesta Pulau Pinang 2004, bukan hanya lagu komersial tapi juga lagu utk produk. Saya suka berkarya.

“Elemen saya masukkan dalam lagu ini, etnik! Lirik, dialek & melodinya. Saya nak ketengahkan tentang sembilan kampung di Tasik Kenyir yg sudah tenggelam.

“Antaranya kampung Petang, 1957 kerajaan minta evakuasi semua penduduk kampung naik ke Kuala Berang sebab tasik akan dibina. Tasik Kenyir juga ada banyak negara yg bekerja utk membinanya.“Jadi saya melihat Tasik Kenyir bukan hanya sekadar house boat. Ada fosil manusia pertama berusia 16,000 tahun di Gua Bewah,” katanya teruja.

Tambah Aris, promosi lebih kencang patut diteruskan utk memperkenalkan pelbagai keunikan di Tasik Kenyir, bukan hanya flora & fauna bahkan sejarah yg terkandung di perut tasik itu.

“Saya cuma dapat meneroka 10 peratus saja, sedangkan ada lebih 360 buah pulau di Tasik Kenyir. Terengganu miliki mutiara yg harus dihebahkan!

“Untuk projek ini juga, saya dapat menemuramah penduduk terakhir di Pulau Petang namanya Muhammad Jusoh & saya ambil watak dia guna nama Tok Aki dalam video muzik Tasik Kenyir.

Menunjukkan bangsa Melayu itu berani, kuat & hebat!

“Bagi saya, Kenyir tersimpan pelbagai khazanah & saya yakin pengunjung dari luar akan datang & meneroka. Di dalam kampung yg tenggelam itu ada macam-macam,” ujarnya.

VIDEO:

Turut diumumkan pada majlis pelancaran lagu Kenyir… Keindahan Alami ialah keputusan cabaran sukan lasak pacuan empat roda, Kenyir Eco Trophy 2022 yg berlangsung dari 18 hingga 20 Mac lalu.

Kenyir Eco Trophy 2022 memulakan cabaran dari Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu ke Sungai Kelemin & berakhir di Tasik Kenyir.

Sumber : GEMPAK

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Remaja OKU ditemukan lemas dalam kolam berhampiran rumah | Article Update

JOHOR BAHRU: Seorang orang kurang upaya (OKU) lembam ditemukan lemas di sebuah kolam yg hanya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.