Home / Semasa / Dua suspek samun wanita warga emas dicekup polis | MyBlog

Dua suspek samun wanita warga emas dicekup polis | MyBlog

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki yg dipercayai melakukan samun bersenjata ke atas seorang wanita warga emas berusia 77 tahun di Kampung Konggo, Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata suspek pertama, yg juga seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun ditahan sehari selepas kejadian, kira-kira jam 12.15 pagi.

Katanya, hasil soal siasat ke atas suspek pertama, membawa penahanan suspek kedua iaitu seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun, pada jam 11 pagi semalam.

“Kedua-dua suspek ditahan di rumah masing-masing, yg terletak di sekitar Lembah Klang. Semakan mendapati kedua-dua suspek, masing-masing mempunyai 18 rekod jenayah lampau.

“Menerusi tangkapan ke atas suspek kedua, kita merampas barangan yg dipercayai digunakan semasa melakukan samun serta wang tunai RM5,300,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek pertama kini direman enam hari bermula 27 Mac hingga 1 April ini, manakala suspek kedua direman tujuh hari bermula hari ini hingga 4 April.

Muhammad Idzam berkata, berikutan penahanan kedua-dua suspek, pihaknya percaya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes samun dengan dua kes berlaku di daerah Cheras & empat lagi kes di daerah Dang Wangi.

Dalam kejadian samun Sabtu lalu, seorang wanita warga emas berusia 77 tahun kerugian kira-kira RM25,000 selepas penyamun bersenjatakan parang melarikan dua rantai leher serta dua gelang tangan yg dipakai mangsa.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu berlaku di hadapan rumah anak mangsa ketika mangsa bersama seorang anak perempuannya mahu keluar makan.

Selain merentap rantai leher dipakai mangsa, suspek juga memotong rantai tangan dipakai mangsa dengan menggunakan gunting pemotong sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Kejadian itu berjaya dirakam orang awam yg kemudian menularkannya di media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan & Seksyen 397 akta sama.

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.