Home / Semasa / Kerjaaan Umum Pengeluaran Khas KWSP Dibayar Sekali Gus, Ini Lagi 12 Info Terkini Anda Patut Tahu

Kerjaaan Umum Pengeluaran Khas KWSP Dibayar Sekali Gus, Ini Lagi 12 Info Terkini Anda Patut Tahu

PENGELUARAN khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yg diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini menerima pelbagai maklum balas baik.

Keputusan berkenaan dibuat dibuat berdasarkan dapatan kajian & penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik yg mana masih ada yg terkesan dari segi ekonomi.

Lanjutan daripada pengumuman berkenaan, KWSP berkongsi 12 maklumat penting menerusi info grafik menerusi laman sosial rasminya.

INDIVIDU LAYAK MEMOHON

1. Golongan pertama yg layak memohon ialah ahli-ahli KWSP yg berumur kurang daripada 55 tahun.

2. Golongan kedua pula melibatkan pemohon yg terdiri daripada kategori warganegara & bukan warganegara termasuklah pemastautin tetap.

3. Manakala bagi golongan ketiga, hanya ahli yg mempunyai baki atau jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP sahaja yg dibenarkan membuat pengeluaran itu.

AMAUN PENGELUARAN DAN KAEDAH BAYARAN

Selain itu, KWSP turut berkongsi info berkaitan amaun pengeluaran & kaedah bayaran utk melancarkan urusan permohonan.

4. Jumlah amaun pengeluaran adalah minimum RM50, manakala maksimum sebanyak RM10,000, tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tdk mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.

5. Bagaimanapun, anda perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

6. Tidak hanya itu, pembatalan permohonan & pindaan amaun tdk dibenarkan.

7. Bayaran Pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

EMPAT PERKARA SEBELUM BUAT PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS

Bagi kelancaran proses permohonan, pencarum disarankan utk menyemak beberapa perkara penting terlebih dahulu

8. Perlu memastikan nombor telefon bimbit terkini telah berdaftar dengan KWSP.

9. Menyemak baki simpanan KWSP.

10. Nombor akaun bank juga perlu dipastikan berada dalam keadaan aktif sama ada bagi akaun simpanan atau semasa.

11. Namun ap4 yg paling mustahak, pastikan akaun KWSP adalah di atas nama ahli sendiri & bukan akaun bersama atau akaun syarikat.

PEMBAYARAN

12. KWSP dalam kenyataannya memaklumkan permohonan utk pengeluaran tersebut akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 hingga 30 April 2022, manakala pembayaran akan dibuat pada 20 April 2022.

Institusi itu turut mengingatkan para ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan & hanya mengeluarkan simpanan sekiranya benar-benar perlu. Semoga info ini bermanfaat!

kredit: sianr plus

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.