Home / Semasa / Alami Masalah Bekalan, Kfc Malaysia Kembali Berdepan Isu Kehabisan Stok Ayam

Alami Masalah Bekalan, Kfc Malaysia Kembali Berdepan Isu Kehabisan Stok Ayam

Pada bulan Februari lalu, ramai yang meluahkan rasa kecewa apabila stok ayam restoran makanan segera KFC tiada. Menurut pihak KFC Malaysia, perkara tersebut berlaku disebabkan gangguan rantaian bekalan ayam yang berlaku di seluruh dunia akibat pandemik COVID-19.

 

Menurut laporan, KFC Malaysia sekali lagi berdepan isu kekurangan bekalan ayam di beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang pada minggu ini. Hal ini pastinya membuatkan ramai kecewa sekaligus menjejaskan jualan operasi KFC.

 

 

Ads by Kiosked

 

Lantaran itu, hanya menu sampingan dapat ditawarkan buat para pelanggan ketika ini. Malah, situasi tersebut dilihat hanya berlaku di beberapa cawangan sahaja.

 

Walau bagaimanapun, KFC Malaysia belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut dan diharap isu ini dapat diselesaikan segera agar para pelanggan dapat nikmati ayam goreng kegemaran mereka.

 

Kredit : Vocket

About admin2

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.