Home / Semasa / Gadis maut langgar tong sampah di bahu jalan | MyBlog

Gadis maut langgar tong sampah di bahu jalan | MyBlog

KLANG – Seorang pelayan restoran maut selepas motosikalnya ditungganginya melanggar tong sampah milik sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yg diletakkan di bahu jalan di Jalan Kampung Delek di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam, Nurul Fazira Abdullah,21, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara, pembonceng motosikal yg juga rakannya, Elyana Nur Fatihah Helmie Shahril, 13, cedera di bahagian tangan.

Insiden tular di laman sosial Facebook menerusi video dari kamera papan pemuka sebuah kenderaan berdurasi 36 saat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Modenas dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke Kampung Delek dari Jalan Sungai Undang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa telah berlanggar dengan tong sampah milik sebuah PBT yg berada di bahu sebelah kiri jalan.

“Ini menyebabkan motosikal itu gagal dikawal sebelum terbabas di atas jalan raya dengan Nurul Fazira meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kedua-dua mangsa termasuk yg cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang utk tindakan lanjut.

Hoong Foong menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE.

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.