Home / Semasa / Guna Bahasa Mandarin Ketika Acara Rasmi, Tindakan Kurang Sensitif Samsung Malaysia Undang Kecaman | MyBlog

Guna Bahasa Mandarin Ketika Acara Rasmi, Tindakan Kurang Sensitif Samsung Malaysia Undang Kecaman | MyBlog

Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan lantangnya menggesa penggunaan Bahasa Melayu diperluaskan, ini pula jadinya.

Entah kenapa saban hari, semakin banyak pula kes penggunaan Bahasa Melayu diperlekehkan dengan begitu menyedihkan sekali.

BACA: “Rakyat Malaysia Sendiri Tidak Gunakan Bahasa Melayu”, Komen-Komen Netizen Indonesia Ini Bikin Panas

Tidak seperti negara Asia yg lain seperti Thailand, Indonesia, Korea Selatan, China & Jepun, sekiranya ada bangsa asing datang ke negara mereka utk buat bisnes, mereka ‘dipaksa’ agar berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan mereka.

Kalau tak faham sangat, nasiblah. Pergi buka kamus atau ambil khidmat penterjemah. Habis cerita. Jangan harap rakyat mereka terhegeh-hegeh nak gunakan Bahasa Inggeris pula. Walaupun mereka tahu menggunakannya, mereka tak pandang langsung Bahasa Inggeris!

“Kalau kamu datang sini, belajar cara gunakan bahasa kami. Bukan sebaliknya! Takkanlah kami pula yg nak kena belajar gunakan bahasa lain?”. Itulah mesej jelas dari rakyat negara Asia yg lain yg amat mencintai bahasa mereka sendiri.

Di Malaysia, Bahasa Melayu dianggap tak ada standard. Lagi hebat ‘speaking London’, maka lagi tinggilah taraf seseorang itu dipandang.

Bahasa Mandarin juga nampaknya kini semakin diutamakan. Lihat sahaja rata-rata iklan jawatan kosong sekarang – “Chinese preferred. Mandarin Speaking Only”. Aduh. Apalah nasib Bahasa Melayu.

Sampaikan acara rasmi pelancaran produk pun khabarnya sekarang dah pakai Bahasa Mandarin. Hebat! Inilah yg didedahkan oleh Asraff Jeffery di laman Facebooknya berikut.

Asraff Jeffery

Saya masuk dalam industri IT dari tahun 2013 & banyak event yg saya sudah hadiri.

Disebabkan kebanyakan pekedai adalah orang Cina, maka banyak event dijalankan dalam dua bahasa; English & Mandarin (?).

Saya tiada masalah k3rana menghormati majoriti. Memang boleh kira dengan jari pun pekedai-pekedai Melayu, India & bangsa lain.

Tapi, saya sangat anti dengan event yg dibuat secara total dalam Mandarin seperti dalam video ini. Kita rakyat Malaysia, kalau anda tdk pandai berbahasa, itu pun sudah salah tapi saya faham, cuma, gunalah English.

Semua orang faham.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia antara negara yg secara purata, rakyatnya mampu bercakap 2-3 bahasa dengan lancar berbanding Jepun & Korea.

Samsung Malaysia sepatutnya sensitif dengan perkara sebegini. Kalau anda nak guna bahasa Korea, saya boleh faham. Ini secara total Mandarin, terbukti orang atasan Samsung Malaysia rasis.

Untuk pengetahuan anda, MC memang dual-language. Tetapi slot-slot lain termasuk persembahan, semua dalam Mandarin.

Saya rasis? Tak. Saya patriotik!

Patriotik adalah salah satu sifat orang yg beragama.

Harap anda semua boleh share post ini supaya viral & Samsung Malaysia buat sesuatu dengan masalah ini. Tahun 2022 tapi masih berperangai sebegini, keji.

Sumber: Facebook Asraff Jeffery

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.