Home / Makanan / Resepi Siakap Grilled

Resepi Siakap Grilled

Disebabkan Cik Siakap tengah popular sekarang ni, apa kata kita share resepi Siakap Grilled

 

Hidangan untuk 5 – 6 orang

Size sederhana besar & harga RM20++ seekor (KL)

 

▪️1 ekor Ikan Siakap

▪️3 batang Serai (hiris halus)

▪️1 inci Halia (hiris)

▪️1 inci Kunyit Hidup (hiris)

▪️4 ulas Bawang Putih

▪️3 biji Bawang Kecil

▪️1 sdk Jintan Manis

▪️1 sdk Jintan Putih

▪️1 sdk Lada Hitam (boleh lebihkan)

▪️Gula Melaka (parut)

▪️Garam

 

Ikan dibelah biar terbuka (butterfly stail)

Bersihkan & rendam +/- sejam dengan air asam jawa serta garam

Cuci ikan & tos (ketepikan)

Tumbuk jintan manis, jintan putih, serai dulu hingga lumat kemudian halia, kunyit, bawang & lada

* Jintan manis, jintan putih & serai perlu ditumbuk dahulu disebabkan texturenya yang sedikit liat berbanding bahan lain

Masukkan gula Melaka & garam kemudian gaul hingga sebati

Lumur pada ikan kemudian peramkan seketika di dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam supaya semua ingredients & jus perapan meresap ke isi ikan

Grill selama 40 – 50 mins atau hingga masak dengan Oven atau Air Fryer (180c)

Lepas masak, boleh perah jus limau kasturi jika suka

 

Kalau ikut pic, Saya hidangkan bersama Nangka Masak Lemak Lada Hitam & Bilis

Nanti kalau ada masa, Saya share resepi

Doakan Saya sihat, dimurahkan rezeki oleh Allah & diberi kelapangan masa untuk berkongsi ilmu dengan anda semua ye!

 

Siakap Grilled

 

Resepi dikongsi, kerana Allah Ta’ala

Kredit Shah Suzanna Shafiee

About admin2

Check Also

Resepi Nasi Ayam Sedap, Suri Rumah Wajib Cuba

Siap dah nasi ayam memikat hati suami ni😋 Saya share resepi nasi ayam ye Ayam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.