Home / Semasa / Tan Sri Annuar Musa Tidak Bangga Dengan Keuntungan RM1 Bilion Yang Diperoleh Syarikat Telekomunikasi

Tan Sri Annuar Musa Tidak Bangga Dengan Keuntungan RM1 Bilion Yang Diperoleh Syarikat Telekomunikasi

Syarikat telekomunikasi Malaysia pada saban tahun mengutip keuntungan berbilion ringgit dengan menawarkan pelan internet kepada pengguna tempatan. Akan tetapi, kualiti perkhidmatan masih belum menandingi negara jiran lain yang jauh lebih baik dari segi kelajuan mahupun liputan internet mereka

 

Beliau juga menegaskan bahawa syarikat telekomunikasi seharusnya perlu bertanggungjawab dengan melabur sebahagian keuntungan yang diperolehi untuk teknologi untuk meningkatkan kualiti capaian internet yang mereka sediakan. Hal ini juga selari dengan pembangunan infrastruktur dilaksana kerajaan.

 

Sebagai contoh, liputan 4G di Sabah sudah pun mencapai tahap 86% tetapi kualiti internet di sesetengah kawasan masih tidak mencapai kelajuan yang dikehendaki. Menerusi rangkaian 4G sahaja sudah mempunyai pelbagai kadar kelajuan di mana ada yang mencecah 20 Mbps tetapi kualiti minimum purata 4G LTE mestilah mencapai 35 Mbps.

 

Tan Sri Annuar Musa juga meminta supaya syarikat telekomunikasi menaik taraf perkakasan telekomunikasi di menara yang mana boleh meningkatkan lagi keupayaan internet yang lebih tinggi kepada pengguna di sekitarnya. Di samping itu, syarikat telekomunikasi perlu mengambil berat dari segi komponen bekalan elektrik sandaran.

 

Kredit : Vocket

About admin2

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.