Home / Semasa / Uitm Ambil Tindakan Terhadap Pensyarah Perlekeh Pelajar B40, Tak Sangka Rupanya Ini Status Dia Di Uitm Sri Iskandar

Uitm Ambil Tindakan Terhadap Pensyarah Perlekeh Pelajar B40, Tak Sangka Rupanya Ini Status Dia Di Uitm Sri Iskandar

Shah Alam: Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah kontrak yg tular memperlekehkan pelajar B40 yg tdk mempunyai komputer riba dipercayai berlaku ketika sesi kelas atas talian.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihaknya kini dalam penelitian termasuk tindakan yg akan diambil terhadap pensyarah berkenaan.

“Dia adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak & mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan & Ukur (FSPU).

“Saya difahamkan insiden berkenaan berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuatnaik semalam.

“Bagaimanapun, tindakan akan diambil & utk pelajar itu, kita sudah mengesan & memberikan peralatan yg diperlukan (komputer riba),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program One to One Tree & Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Hijau Malaysia & UiTM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Roziah berkata, wanita berkenaan adalah pensyarah yg bagus & mungkin berlaku sedikit kesilapan mengenai tindakannya memarahi pelajar berkenaan.

“Tindakan akan diambil tetapi saya tdk boleh jelaskan di sini. Dia adalah pensyarah kontrak & ada laluan sebelum tindakan diambil.

“Semua pensyarah UiTM mahukan yg terbaik utk pelajar-pelajar mereka & saya harap orang ramai dapat bertimbang rasa terhadap staf & pelajar saya,” katanya.

Beliau berkata, UiTM juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Terdahulu, satu rakaman video klip berdurasi 1 minit 45 saat yg memaparkan pensyarah wanita terbabit memarahi seorang pelajar k3rana tdk mempunyai komputer riba & dilihat seolah-olah memperlekehkan golongan B40.

Menerusi rakaman itu, pensyarah wanita berkenaan turut meminta pelajar itu menyuruh kakaknya menjual gelas emas bagi membeli komputer riba untuknya.

MPP UiTM minta siasatan & tindakan kepada pensyarah

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Se-Malaysia menyelar tindakan seorang pensyarah universiti itu yg disifatkan menghina pelajar.

Yang Dipertua MPP UiTM, Rasydan Mohd Hassan berkata, kenyataan yg dikeluarkan oleh profesor dalam video tular itu adalah satu tindakan luar norma & tdk beretika terhadap seorang mahasiswa.

Menurutnya, sejarah UiTM juga dibina atas dasar membantu lebih ramai mahasiswa Melayu & Bumiputera utk mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi.

Katanya, kenyataan menghina & memperlekeh golongan B40 adalah tdk wajar dibuat mana-mana pihak.

“Saya mewakili seluruh keluarga MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti utk membuat siasatan & mengambil tindakan yg wajar & selayaknya k3rana pensyarah berkenaan sudah merosakkan imej universiti keramat ini.

“Pensyarah berkenaan perlu memahami keadaan negara yg sedang berhadapan dengan situasi pandemik yg menyebabkan hampir semua rakyat di Malaysia berhadapan dengan keadaan ekonomi yg tdk stabil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, manifestasi yg sering disuarakan oleh pihak pengurusan universiti bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlulah dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah berkenaan & juga kepada mana-mana individu yg membuat tindakan sama selepas ini.

Satu video tular di media sosial sejak pagi tadi memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajar lelakinya yg tdk mempunyai komputer sebaliknya masuk ke kelas dalam talian menggunakan telefon pintar.

Pensyarah Yang Tular Bercakap Mengenai B40 Bukan Calang2 Rupanya, Ini Biodata Pensyarah Tersebut

Dr Roshana Takim Ialah Profesor Madya Di Pusat Pengajian Pembinaan, Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur (Fspu), Universiti Teknologi Mara (Uitm), Shah Alam

Dia telah berkhidmat selama hampir 35 tahun. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pembangunan di Bahagian Pengurusan UiTM, menguruskan keseluruhan pembangunan fizikal UiTM selama 15 tahun.

Beliau merupakan Ketua Pusat Pengajian Lepasan Ijazah di Fakulti Seni Bina, Perancangan & Ukur (FSPU) di Universiti Teknologi MARA (UiTM), ShahAlam, Selangor & telah berkhidmat di Fakulti sejak 1997.

Beliau berkelulusan dari Universiti Heriot-Watt, United Kingdom pada tahun 1987 dengan BSc. (Hons.)Bangunan. Pada tahun 1996, beliau menerima MSc. Pengurusan Projek Pembinaan diLoughborough University, UK & PhD beliau di Glasgow Caledonian University, UK pada tahun 2005.

Beliau telah membentangkan lebih daripada 30 kertas persidangan di peringkat tempatan & antarabangsa termasuk di United Kingdom, Dubai, China, Hong Kong & Thailand. Minat penyelidikan beliau sekarang termasuk prestasi projek, pemindahan teknologi, pengurusan pengetahuan, perkongsian awam-swasta, pengurusan nilai bersepadu & anti-rasuah.

Selain itu, beliau sangat berpengalaman dalam mengajar Pengurusan Kewangan & Pembiayaan Projek. Pengetahuan teknikal yg luas & pengalaman dalam industri pembinaan telah membolehkan beliau menjalankan banyak program latihan di peringkat pekerja & pengurusan bagi organisasi kerajaan & separa kerajaan di Malaysia.

Pensyarah didakwa hina B40: Saya telah minta penjelasan UiTM – Menteri

Susulan tular satu klip video memaparkan seorang pensyarah universiti tempatan yg didakwa menghina seorang pelajar yg tdk memiliki komputer riba, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad tampil memberikan respons.

Menerusi laman Twitter rasminya @DrNorainiAhmad pagi ini, beliau berkata, akan mendapatkan penjelasan daripada universiti tempat pensyarah berkenaan mengajar.

“Saya ambil maklum mengenai isu & video yg tular ini. Saya telah berhubung dengan pihak UiTM,” katanya.

Ciapan terbaharu Noraini itu pantas diulang ciap (retweet) satu ciapan lain yg didakwa memaparkan video yg tular itu.

Namun, hasil pemerhatian semula di Twitter, video asal berkenaan telah dipadam oleh individu yg memuatnaiknya.

Susulan tular video berkenaan, pelbagai reaksi warga net mempertikaikan tindakan pensyarah yg menghina pelajar itu.

Pensyarah berkenaan turut didakwa menyifatkan golongan B40 tdk mementingkan pelajaran.

Sumber Uitm/Astro Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.