Home / Semasa / Kisah Sebenar Pelajar B40 Yg Dimak1 Pensyarah Tersebar. Rupanya Ada Sesuatu Yg Berlainan Dgn Apa Yg Pelajar Ini Cakap Dlm VIdeo

Kisah Sebenar Pelajar B40 Yg Dimak1 Pensyarah Tersebar. Rupanya Ada Sesuatu Yg Berlainan Dgn Apa Yg Pelajar Ini Cakap Dlm VIdeo

#Gambar pelajar diatas sekadar hiasan & bukan pelajar sebenar

Dua perkara sudah dipersetujui oleh Pengurusan Eksekutif Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkaitan isu ‘komputer’ & ‘B40’ membabitkan pensyarah kontrak serta penuntut iaitu tiada tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan atau kontraknya dibatalkan.

Menerusi surat ‘Laporan Kronologi’ isu video tular membabitkan pensyarah UiTM Cawangan Perak, Prof Ts Dr Roshana Takim & seorang daripadanya penuntutnya, keputusan itu dicapai pada mesyuarat berkenaan semalam, selepas kedua-dua pihak dipanggil bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan itu terbabit.

Untuk rekod, surat tiga muka surat berkaitan keputusan berkenaan tular di media sosial hari ini.

“Pihak pengurusan UiTM melalui mesyuarat pengurusan eksekutif UiTM bertarikh 30 Mac 2022 boleh mengambil salah satu pilihan keputusan berikut:

a. Tidak mengambil ap4-ap4 tindakan k3rana pensyarah & pelajar yg terlibat telah bertemu & berbincang & mengambil keputusan utk mengharmonikan keadaan.

b. Menamatkan kontrak pensyarah ini yg telah diperbaharui pada 15 Mac 2022 di mana pihak UiTM boleh menamatkan lantikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan tawaran.

“Namun keputusan UiTM bergantung kepada nasihat dari Kementerian Pengajian Tinggi,” kata surat berkenaan.

Berdasarkan surat yg tular itu juga, pengurusan UiTM mengarahkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) ke UiTM Cawangan Perak Kampus Sri Iskandar bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang isu terbabit semalam.

Ia mengatakan, proses kenal-pasti penuntut serta kesahihan video yg tular itu dibuat jam 10.30 pagi semalam, di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Perak.

Ia membabitkan lima penuntut & hasil temu bual itu, kumpulan penuntut itu mengesahkan video berkenaan (insiden itu) berlaku ketika kuliah minggu kelapan pada semester Oktober 2021 hingga Februari 2022 bagi mata pelajaran ‘Construction Economic and Islamic Finance’ (BCT633) yg diajar oleh Prof Ts Roshana Takim.

Turut serta pada pertemuan itu ialah Roshana sendiri.

Berdasarkan surat itu juga, maklumat penuntut terbabit turut didedahkan yg mana bapanya dikatakan tdk bekerja atas sebab yg tdk dapat dipastikan.

Sebelum ini rata rata netizen faham bahawa ibu pelajar ini sudah meninggal dunia

Kakak penuntut terbabit baru menamatkan pengajian & sudah bekerja manakala adiknya masih menuntut di UiTM Rembau, Negeri Sembilan.

“Penuntut terbabit pula didapati menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti kuliah secara atas talian k3rana komputer peribadinya tdk dibawa bersama ke kampus.

“Penuntut terbabit juga sudah lulus pada peperiksaan lalu, termasuk bagi kod kursus BCT633.

“Video berkenaan juga bukan direkod & ditularkan oleh penuntut terbabit sebaliknya dirakam & dikongsikan oleh pihak lain sehingga tular.

Penuntut juga tdk bersetuju sama sekali atas tujuan video terbabit ditularkan,” katanya.

Menurut surat itu, pertemuan membolehkan pihak berkaitan mendapatkan gambaran jelas isu yg ditularkan.

Ia juga membolehkan pihak berkenaan mendapat perspektif lebih jelas daripada pihak yg terbabit dalam isu berkenaan.

“Pertemuan juga dapat mengharmonikan situasi pihak-pihak yg terbabit dalam isu ini,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Kisah Tragedi Gua Tham Luang Bikin Ramai Kaum Lelaki Nangis | Article Update

Kisah operasi menyelamat di Gua Tham Luang, Thailand pada tahun 2018 yg menggemparkan dunia sebelum …

Leave a Reply

Your email address will not be published.