Home / Semasa / Penulis lirik terkenal, Rudy Imran meninggal dunia | MyBlog

Penulis lirik terkenal, Rudy Imran meninggal dunia | MyBlog

Kuala Lumpur: Bekas wartawan hiburan Harian Metro & penulis lirik, Rudy Imran Shamsudin, 47, meninggal dunia akibat kanser usus di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor jam 11.30 pagi hari ini.

Rakan rapatnya yg juga wartawan hiburan Harian Metro, Sudirman Mohd Tahir berkata, Rudy yg sebelum itu dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, dibenarkan pulang ke rumah dua hari lalu.

“Dua hari lalu, adiknya menghantar mesej kepada saya memaklumkan arwah sudah dibenarkan pulang ke rumah. Namun, dia meminta supaya perkara itu dirahsiakan,” katanya.

Menurut Sudirman, kali terakhir dia bertemu dengan Rudy adalah ketika menziarahinya di hospital pada Januari lalu.

“Sewaktu menziarahinya pada Januari lalu, dia ada beritahu saya, dia segan kalau orang datang melawatnya k3rana dia takut tak boleh nak layan tetamu,” katanya.

Rudy menyertai Harian Metro pada 2004 sebagai wartawan hiburan sebelum meninggalkan akhbar ini pada 2019.

Allahyarham yg berpengalaman sebagai wartawan selama 26 tahun juga pernah berkhidmat dengan akhbar Utusan Malaysia, Bacaria, Harian Watan & majalah Hai.

Sebagai penulis lirik, pencapaian terbaik Rudy yg turut dikenali dengan nama Iman Imran ialah lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL).

Allahyarham turut menulis lirik Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Hey! Kau (Allahyarham Sandra) & Nyawa & Raga (Sarah Suhairi).

Selain itu, Rudy juga pernah menghasilkan novel yg diinspirasikan daripada kisah-kisah cinta artis tanah air berjudul Menangkah Cinta?

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.