Home / Semasa / Rakyat Malaysia Terkandas Di Myanmar, Dipaksa Jadi Scammer Selepas Ditipu Ejen Cari Kerja | MyBlog

Rakyat Malaysia Terkandas Di Myanmar, Dipaksa Jadi Scammer Selepas Ditipu Ejen Cari Kerja | MyBlog

Hasrat beberapa rakyat Malaysia mencari pekerjaan elok di luar negara bukan sahaja tdk kesampaian, malahan dipaksa menjadi ‘scammer operator’.

Menurut Utusan, mereka dipercayai terkandas secara haram di Myanmar selepas ditipu ejen pencari pekerjaan di negara tersebut sejak Januari lalu.

Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kulim, Yeo Keng Chuan kepada media.

Menurut Keng Chuan, dia menerima maklumat tersebut dari seorang lelaki Lim Sew Siam, 53 yg memohon bantuan kerajaan utk membawa pulang anak lelakinya yg merupakan mangsa penipuan tersebut.

Dibawa masuk melalui jalan tikus

Mangsa mengatakan anaknya sebelum ini telah memohon utk bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan sebuah syarikat di negara itu.

Namun dia sama sekali tdk menyangka akan ditipu sebaik tiba di sana apabila pekerjaan yg dijanjikan tdk wujud. Lebih memburukkan keadaan apabila dia dibawa masuk ke negara berkenaan menggunakan lorong tikus.

“Anak lelakinya kemudian mendapat pekerjaan terbabit & ejen pencari pekerjaan tersebut selepas itu mengarahkan anak lelakinya itu ke Kuantan, Pahang pada 2 Januari utk berkumpul bersama pekerja lain sebelum bertolak ke Myanmar.

“Syarikat terbabit membawa anak lelakinya itu bersama tujuh lagi lelaki ke Myanmar melalui lorong tikus di antara Malaysia, Thailand & Myanmar,” katanya dalam satu kenyataan.

Ditipu Ejen Pekerja Jadi Scammer

Dipaksa jadi scammer

Lebih mengejutkan apabila anaknya memberitahu dia bukan bekerja sebagai pengawal keselamatan seperti dijanjikan, sebaliknya sebagai ‘scammer operator’ secara dalam talian dengan menggunakan komputer.

Mangsa memaklumkan dia tdk diberikan makanan & masa tidur yg mencukupi, malah pergerakan mangsa juga dikawal oleh beberapa individu.

Mangsa mengatakan ingin berhenti kerja & pulang ke Malaysia, namun diugut dikenakan bayaran kira-kira RM40,000 jika ingin berbuat demikian.

Sehubungan itu, ibu mangsa telah bertindak membuat aduan di pejabat ADUN Kulim bagi mendapatkan bantuan kerajaan dalam menyelesaikan masalah yg dihadapi anaknya itu.

“Saya sudah menghantar surat memohon bantuan daripada Kementerian Luar Negeri utk menyelamatkan mangsa bersama beberapa rakyat Malaysia lagi yg terkandas & tertipu dengan sindiket pekerjaan di Myanmar,” katanya lagi.

BACA: Rugi Hampir RM16 Ribu, Mangsa Dedah Taktik Penipuan Kerja ‘Part-Time’ Supaya Orang Ramai Tak Terpedaya

Sumber: Utusan

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.