Home / Semasa / “Ah Long Berlesen” – Pinjaman Peribadi ‘GOpinjam’ Dari Touch ‘n Go Terima Banyak Respon Negatif | MyBlog

“Ah Long Berlesen” – Pinjaman Peribadi ‘GOpinjam’ Dari Touch ‘n Go Terima Banyak Respon Negatif | MyBlog

Pada 1 April 2022, Touch ‘n Go telah melancarkan GOpinjam, pinjaman peribadi digital yg tersedia melalui perkhidmatan Touch ‘n Go eWallet.

GOpinjam merupakan tawaran pinjaman peribadi digital pertama Touch ‘n Go eWallet yg menawarkan pinjaman peribadi dari serendah RM100 hingga RM10,000.

Dengan tempoh pembayaran balik dari 1 minggu hingga 12 bulan, kadar faedah adalah dari 8% hingga 36% setahun bergantung kepada penarafan kredit individu, jumlah pinjaman & tempoh masa.

Dibuka kepada semua warganegara Malaysia yg merupakan pengguna Touch ‘n Go eWallet berumur di antara 21 hingga 63 tahun & mempunyai pendapatan minumum sekurang-kurangnya RM800 sebulan.

Bakal peminjam dikehendaki menyediakan dokumentasi seperti slip gaji, penyata KWSP dengan 3 bulan sumbangan & resit penerimaan Borang B/BE e-Filing.

Dibiayai di bawah CIMB e-Zi Tunai, GOpinjam merupakan produk perbankan konvensional & tdk patuh syariah.

Rata-rata netizen menerima berita ini bagaikan satu lawak April Fool’s, apabila ramai yg tdk menyangka pada hari ini masih berlaku penindasan & amalan riba secara terangan-terangan sedemikian.

Pengguna Facebook, Zainuddin Omar meluahkan rasa tdk puas hatinya melalui satu hantaran yg dibuatnya berikut:

Bagero lah.

Ini legalize Ah Long atau E-AhLong & mengamalkan riba.

Apasal Touch ‘n Go bawah CIMB mahu rakyat terbeban dengan hutang?

Spend within your means.

Jangan berhutang utk prop your lifestyle.

Nasib baik PAS bukan dalam Kerajaan kalau tak mesti dia lawan.

Zainuddin Omar

Hantaran beliau tersebut dibuat berdasarkan berita pelancaran GOpinjam seperti yg telah dilaporkan di Facebook SoyaCincau.com.

Di ruangan komen beliau, ramai pengguna Facebook yg lain turut mengambil kesempatan utk meluahkan rasa tdk puas hati:

“8% – 36% per annum … (merompak berlesen)” – Tora Radin Harsono

“Dia orang memang nak manusia terjebak dengan hutang & riba”.. – Kuntai Gerrak

“Ni kalau tak bayar, depa simbah cat warna biru la ya 😅 Argumentnya ‘kami berlesen’” – Ibrahim Rabani

Facebook SoyaCincau.com turut menjadi medan meluahkan rasa tdk puas hati para netizen:

“Ah Long besar suda mari…..” – Triton Mitsu

“Wahhh…use people’s money to loan people at Ah Long rates… what a brilliant money scheme… monopoly summore….superb la” – Alif Irwan

“If I can pay interest between 8-36%, I won’t need a loan.” – Catherine Cheng

Sumber: Facebook Zainuddin Omar, Facebook SoyaCincau.com

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.