Home / Semasa / “Boleh Ke Makan Nanas Ketika Mengandung?” – Ikuti Penjelasan Dari Seorang Doktor Pakar O&G | MyBlog

“Boleh Ke Makan Nanas Ketika Mengandung?” – Ikuti Penjelasan Dari Seorang Doktor Pakar O&G | MyBlog

Nanas atau Ananas comosus merupakan sejenis buah tempatan yg enak serta mempunyai pelbagai nutrien penting utk kesihatan.

Selain kaya dengan vitamin C, rasanya yg enak juga membuatkannya sering dijadikan jus minuman & jem serta ditabur & dimasukkan juga ke dalam beberapa jenis pizza & burger.

Nanas turut dijadikan sumber ikon budaya pop apabila dijadikan lagu PPAP (Pen-Pineapple-Apple-Pen) oleh Pikotaro & menjadi rumah SpongeBob SquarePants di dalam lautan Bikini Bottom.

Orang tua-tua zaman dulu-dulu pula sering menyifatkan nanas sebagai buah yg ‘tajam’ serta berisiko terhadap kandungan ibu yg mengandung.

Namun, setakat manakah kebenaran dakwaan ini? Orang mengandung memang tak boleh makan nanas ke? Kalau teringin nak makan juga macam mana?

Seorang doktor pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) atau pakar bahagian perbidanan & sakit puan, Dr Imelda Balchin menerusi laman Facebooknya telah membuat satu perkongsian mengenai pengalamannya bersama pesakit-pesakit yg sebelum ini juga pernah mempunyai kemusykilan mengenai nanas.

Imelda Balchin

Seorang ibu hamil dah nak dekat due date. Dia tanya, “Dr Imelda, kalau saya nak cuba makan nanas, utk induce labour, boleh tak?”

Inilah jawapan saya:

Saya tak pernah pun menghalang sesiapa pun makan nanas, dari sebelum hamil, permulaan kehamilan, pertengahan kehamilan, penghujung kehamilan, selepas bersalin atau pada bila-bila masa pun, selagi tiada allergy kepada buah nanas.

Nanas itu salah satu dari buah-buahan berkhasiat. Inilah makanan semulajadi sihat kurniaan Allah.

Nanas tak pernah berjaya digunakan utk menggugurkan kandungan ibu hamil. Sudah ramai ibu hamil yg pada mulanya tak mahukan anaknya, pun dah kata mereka dah cuba makan banyak buah nanas pun tak berjaya gugurkan kandungannya. Mereka datang berjumpa saya di klinik kehamilan saya sebab berubah fikiran & nak meneruskan kehamilan tetapi risau tentang anak di dalam kandungannya. Saya bagi kaunseling kepada mereka utk meneruskan kehamilan mereka walaupun dah makan banyak nanas sebab ini tdk pernah memudaratkan anak di dalam kandungan & makan buah nanas tdk menyebabkan ap4-ap4 kecacatan kepada anak di dalam kandungan. Boleh makan buah nanas semasa hamil.

Nanas tdk menyebabkan kelahiran pramatang. Ibu-ibu hamil yg melahirkan anaknya terlalu pramatang ada masalah cervical insufficiency, bukan sebab dia makan buah nanas. Bila ibu-ibu hamil yg ada masalah cervical insufficiency yg pernah kehilangan zuriat akibat kelahiran pramatang datang berjumpa saya di klinik utk rawatan mencegah kelahiran pramatang, saya berusaha menyelamatkan kandungannya supaya sampai ke tahap yg matang. Kebanyakan kali kami berjaya dengan rawatan yg terbukti berkesan. Saya tak pernah pun menghalang semua ibu-ibu ini yg berisiko tinggi dari makan buah nanas. Alhamdulillah kami berjaya juga sampai ke tahap yg matang & berjaya melahirkan anak-anak yg sihat dengan rawatan.

Nanas tdk pernah berjaya digunakan utk induce labour. Sudah ramai patients saya yg dah overdue merungut, mereka dah makan nanas pun tak labour juga lagi & datang ke hospital utk induction of labour. 

Teringin nak makan nanas, makan je. Ada banyak khasiat dalam buah nanas. Saya tak pernah larang pun makan buah nanas. Yang saya larang ialah merokok, vape, passive smoking, minum alcohol, minum ketum, hisap ganja, penyalahgunaan dadah, beli ubat-ubat sendiri utk merawat sendiri, produk-produk overclaim, makan telur mentah, makan ikan mentah, makan daging mentah, minum susu mentah. Yang saya TAK galakkan ialah junk food, jajan, kek manis tiada khasiat, teh tarik penuh gula, makan berlebihan sampai tak ingat dunia……

Nak makan nanas, makan je. Nanas tak bersalah.

BACA: Pakar Nasihat Waspada Beli Baby Nanas, Bimbang Ada Pemanis Tiruan Bahaya

Sumber: Facebook Imelda Balchin

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.