Home / Semasa / KKM Kongsi Sop Untuk Individu Yang Hilang Status Vaksinasi Lengkap Mulai 1 April

KKM Kongsi Sop Untuk Individu Yang Hilang Status Vaksinasi Lengkap Mulai 1 April

Mulai 1 April 2022, penerima semua jenis vaksin bagi warga emas berumur 60 tahun keatas dan penerima vaksin jenis Sinovac dan Sinopharm berusia 18 tahun keatas akan kehilangan status vaksinasi lengkap dalam aplikasi MySejahtera sekiranya mereka masih belum menerima dos penggalak.

 

Walaupun bagaimanapun, individu yang hilang status vaksinasi disebabkan tidak mendapatkan dos penggalak masih dibenarkan melakukan aktiviti seperti individu yang lengkap divaksinasi seperti dine-in di restoran, memasuki pusat membeli-belah dan sebagainya.

Malah, maklumat sejarah vaksin primer itu kekal dalam aplikasi MySejahtera dan individu diiktiraf sebagai telah lengkap vaksinasi dos primer apabila telah memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti dua dos suntikan diperlukan bagi vaksin jenis (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac) serta individu tersebut haruslah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan.

 

Manakala bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan seperti Johnson & Johnson dan Cansino, individu tersebut mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan.

 

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menasihatkan dan menggalakkan individu yang belum menerima dos penggalak supaya mendapatkannya segera.

 

Kredit : Vocket

About admin2

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.