Home / Semasa / Berdepan Hvkuman M4ti, Dugaan Yassin Semakin Teruk Isteri Failkan Pencer4ian

Berdepan Hvkuman M4ti, Dugaan Yassin Semakin Teruk Isteri Failkan Pencer4ian

Penyanyi nasyid & komposer, Muhammad Yasin Sulaiman didakwa di Mahkamah Sesyen & Majistret di sini, pada Khamis atas dua pertuduhan menanam 17 pokok disyaki ganja & mengedar dadah jenis sama, minggu lalu.

Yasin, 47, didakwa menanam 17 pokok kanabis dalam pasu plastik berisi tanah boleh diperolehi sama ada secara terus atau secara tdk langsung.

Bagaimanapun, penyanyi yg popular dengan lagu Mimpi Laila itu mengaku tdk bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Kota Damansara jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Ia merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 & boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yg membawa hukuman penjara seumur hidup & sebat tdk kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Penyanyi itu turut didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di lokasi, masa & tarikh sama.

Dia dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB & boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup & jika tdk dijatuhkan hukuman mati, perlu disebat tdk kurang 15 kali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Selangor, Mohammad Al-Saifi Hashim manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Semasa prosiding, Mohammad Al-Saifi tdk menawarkan ikat jamin kepada tertuduh k3rana pertuduhan itu termasuk dalam kes yg tdk boleh dijamin.

“Dia dikenakan pertuduhan di bawah seksyen yg mana bentuk hukuman yg boleh dijatuhkan jika didapati bersalah, ialah penjara seumur hidup maka tdk wajar sekiranya dia diberi ikat jamin,” katanya.

Namun, Mohd Yusmadi merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar yg sesuai.

“Dia baru sahaja bercerai & mempunyai dua anak, maka saya mohon mahkamah membenarkan ikat jamin dengan mengambil kira tahap kesihatannya.

“Dia merupakan seorang selebriti yg memberi banyak sumbangan kepada umum, malah kebiasaannya menjelang Ramadan dia berkarya & memberi inspirasi positif kepada masyarakat,” katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua mahkamah tdk membenarkan tertuduh diikat jamin & menetapkan 18 Mei depan utk serahan dokumen.

Minggu lalu, Sinar Harian melaporkan, penyanyi itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes dadah, dipercayai dijalankan hampir dua bulan.

Kegiatan itu berjaya dikesan menerusi serbuan yg dijalankan sepasukan anggota & pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sumber: bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini.Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

The post Berdepan Hvkuman M4ti, Dugaan Yassin Semakin Teruk Isteri Failkan Pencer4ian appeared first on Bulletin 50 Times.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.