Home / Semasa / ‘JDT Hummer Tour’ Mula Beroperasi, Bayaran Rm30 Untuk Ronda Stadium Sultan Ibrahim

‘JDT Hummer Tour’ Mula Beroperasi, Bayaran Rm30 Untuk Ronda Stadium Sultan Ibrahim

Tarikh 1 April mencatat salah satu bersejarah buat negara apabila Malaysia mula membuka semula sempadan darat setelah hampir dua tahun terpaksa ditutup akibat serangan pandemik COVID-19.

 

Banyak pihak mengambil peluang keemasan ini untuk menarik semula para pelancong untuk datang memeriahkan kembali destinasi pelancongan mereka. Pelbagai promosi kreatif dilakukan termasuklah membawa pelancong menaiki kereta limosin mewah Hummer.

 

 

Menurut Ketua Unit Komersil Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Kevin Ramalingam, berkata produk pelancongan sukan itu adalah tarikan baharu yang dibuka kepada orang ramai di stadium berkenaan.

Dengan kadar bayaran serendah RM30, JDT Hummer Tour ini membolehkan pengunjung melihat sendiri stadium ikonik bola sepak Johor Darul Ta’zim itu dengan menaiki kereta mewah itu selama 10 minit.

 

“Setakat ini hanya dua limosin Hummer disediakan untuk pengunjung yang ingin menikmati tawaran berkenaan. JDT Hummer Tour yang akan berlegar di sekitar stadium akan beroperasi setiap minggu dari Jumaat hingga Ahad dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

 

“Orang ramai yang ingin menikmati JDT Hummer Tour boleh mendapatkan terus tiket di kaunter tiket pintu masuk utama stadium,” kata Kevin.

 

Tambah beliau lagi, pihaknya juga menawarkan aktiviti ‘lawatan stadium’ di mana orang ramai boleh melihat di sebalik tabir Stadium Sultan Ibrahim.

“Sebuah restoran keluarga juga telah dibuka di sini yang akan diikuti oleh banyak restoran dan kafe lain, menjadikan Stadium Sultan Ibrahim produk pelancongan sukan yang sesuai untuk seisi keluarga untuk beriadah,” katanya.

 

Menurutnya, sebagai permulaan, restoran keluarga berkonsep barat iaitu Woodfire Burger juga akan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam disusuli restoran, kafe dan kedai komersial lain yang akan dibuka dalam masa terdekat.

 

Jika anda kelapangan, bolehlah merasai sendiri pengalaman menaiki limosin mewah Hummer dan merasai kesedapan Woodfire Burger di Stadium Sultan Ibrahim sebelum Ramadhan bermula tidak lama lagi.

 

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

 

Kredit : Vocket

About admin2

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.