Home / Viral / Dron Nano Bers4iz 8cm Berharg4 RM800,000 Dipasarkan An4k Tempatan

Dron Nano Bers4iz 8cm Berharg4 RM800,000 Dipasarkan An4k Tempatan

Dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di MITEC pada Rabu lepas, sebuah dron nano sekecil tapak tangan dipamerkan.

Dron dinamakan Nano UAV ini bersaiz sekitar 8 sentimeter dan mampu terbang setinggi 2km serta sejauh 2-3km sekurang-kurangnya dalam 25 minit.

Ia dilengkapi kamera erkualti tinggi bersama ciri pandangan malam (NGV) yang sesuai dijalankan dalam pencahayaan gelap.

Selain itu, ia mempunyai fungsi untuk menghalang isyarat dan sistem ‘guidance avoidance’

Dengan bunyi senyap, ia sesuai digunakan di lapangan untuk mengintip dan mengesan musuh dari jarak yang lebih selamat. Dibina di China, ia dipasarkan oleh syarikat tempatan iaitu Delta Masis (M) Sdn. Bhd.

 

Kapsyen: Sumber: BERNAMA

 

Bukan itu sahaja, dron ini turut dilengkapi pelan laluan pulang untuk memastikan ia tidak hilang kawalan atau sesat semasa operasi.

Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan Delta Masis (M) Sdn Bhd, Masri Muhammad, dron yang telah dipamer di 54 negara ini mendapat perhatian banyak pasukan keselamatan negara-negara ini.

Harganya mencecah lebih RM800,000 seunit atau USD165,000.

About admin2

Check Also

Penghantar Mak4nan M4ut, Dilanggar Keret4 Di Lampu Isyarat

Seorang penghantar makanan maut dan seorang lagi penunggang motosikal .parah dalam satu kejadian kemalangan selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published.