Home / Semasa / Ebit Lew hadiahkan Perodua Bezza buat wanita tul4r bawa ibu OKU naik motor roda 3

Ebit Lew hadiahkan Perodua Bezza buat wanita tul4r bawa ibu OKU naik motor roda 3

Beberapa minggu yg lalu, tular di media sosial satu posting di aplikasi TikTok seorang wanita membawa ibunya yg kurang upaya (OKU) menaiki motosikal beroda tiga.

Lebih membuatkan ramai sebak adalah tindakan wanita tersebut yg memayungkan ibunya menggunakan beg utk menahan dari teriknya matahari ketika berhenti di lampu isyarat.

Walau bagaimanapun, ramai yg salute dengan penjelasan wanita itu selepas ditemubual dengan mengatakan rezekinya masih ada & berharap mereka yg ingin memberikan bantuan menghulurkannya kepada orang yg lebih memerlukan.

Namun begitu, rezeki sememangnya tak salah alamat apabila aktivis kemasyarakatan, Ebit Lew telah tampil memberikan bantuan dengan menghadiahkan wanita tersebut yg dikenali sebagai Kak Soleh sebuah kerenta jenis Perodua Bezza yg sudah dibayar ‘cash’.

Menurut Ebit, dia berasa sangat sebak lebih-lebih lagi di awal Ramadan ini selepas mengetahui kisah wanita tersebut & terus ke Kuala Terengganu pagi tadi demi membantu Kak Soleh memudahkan urusan.

Tambahnya, Kak Soleh sebenarnya pernah menyambung pengajian ke peringkat sarjana namun terpaksa berhenti di separuh jalan k3rana masalah kewangan & perlu menjaga ibu yg kurang sihat.

Jadi, dia menggunakan motosikal beroda tiga utk menjual aiskrim potong di  sekitar Kuala Nerus Terengganu termasuk mengambil tempahan dalam mana-mana acara.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ebit Lew k3rana sudi menghadiahkan kereta baru utk kemudahan dua beranak ini.

Mereka juga mendoakan agar urusan Kak Soleh dipermudahkan & ibunya terus diberikan kesihatan yg baik di masa hadapan.

Sumber: Facebook Ebit Lew, TikTok shihanizam, anaz_aziz

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.