Home / Viral / Baru Viral / Ibu Pergi Tɑk Kembɑli Dɑlɑm Dɑkɑpɑn Nurzɑkhiriɑh, Sehɑri Sebelum Konvo, Ɑrwɑh Meninggɑl Sebɑik Tibɑ Di Terenggɑnu.

Ibu Pergi Tɑk Kembɑli Dɑlɑm Dɑkɑpɑn Nurzɑkhiriɑh, Sehɑri Sebelum Konvo, Ɑrwɑh Meninggɑl Sebɑik Tibɑ Di Terenggɑnu.

Ibu pergi tɑk kembɑli dɑlɑm dɑkɑpɑn Nurzɑkhiriɑh, sehɑri sebelum konvo, ɑrwɑh meninggɑl sebɑik tibɑ di Terenggɑnu.

Kuala Nerus : Walaupun tidak berapa sihat, ibu gagahkan diri ke Terengganu untuk melihat saya menggenggam segulung ijazah.

Apakan daya, ibu meninggal dunia di pangkuan saya ketika kami sekeluarga berehat di sebuah inap desa, Allah SWT lebih menyayanginya, kata Nurzakhiriah Sapri, 24.

Ibu tiri Nurzakhiriah, Nor Zawiah Ahmad Razali menghembuskan nafas terakhir ketika mereka sekeluarga menginap di sebuah inap desa di Kampung Seberang Takir, di sini, kelmarin.

Nurzakhiriah sama sekali tidak menyangka hari gembira untuknya menerima ijazah dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kali ini bertukar menjadi kisah duka.

Semua itu berlaku selepas Nurzakhiriah tiba dari Pontian, Johor ke negeri ini kira-kira 4 pagi kelmarin bersama arwah ibu tirinya itu, bapanya Sapri M Noor dan dua adiknya.

Graduan Sarjana Muda Maritim itu berkata, kira-kira 9 pagi, dia melihat ibu tirinya dalam keadaan lemah dan ses4k nafas sebelum memapah ibu tirinya itu ke sofa.

Katanya, dia segera menghubungi ambulans untuk meminta bantuan selepas ibu tirinya semakin kritikal apabila nafasnya mula tercungap-cungap.

Saya sempat memberi bantuan pernafasan namun akhirnya ibu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya, kira-kira 10 pagi.

Tak sangka perjalanan ibu untuk melihat saya di pentas mengambil segulung ijazah tidak kesampaian, katanya ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesyen UMT di sini, semalam.

Bercerita lanjut, Nurzakhiriah berkata, rakan ibu tirinya yang sama-sama bertugas sebagai jururawat di Johor ada memberitahu mengenai keadaan kesihatan arw4h tidak berapa baik.

Bagaimanapun, ibu tetap ingin ke UMT bagi meraikan majlis konvokesyen saya, tak sangka ibu pergi sebelum sempat melihat saya mengambil ijazah di atas pentas.

Walaupun ibu tiri, namun sikap penyayang dan ambil berat terhadap saya membuatkan hubungan kami sangat rapat. kehilangannya amat saya rasai terutama pada hari bersejarah seperti ini, katanya.

Menurut Nurzakhiriah, jenazah arw4h ibu tirinya sudah dihantar ke kampung halamannya di Machang, Kelantan, untuk dikebumikan kelmarin, diiringi keluarga yang lain.

Katanya, dia pula tiada pilihan lain dan terpaksa berseorangan menyambut majlis konvokesyennya.

Tidak lama dulu, ibu kandung koma dan meninggal dunia akibat kanser usus ketika saya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kelmarin ibu tiri pula pergi menghadap Ilahi.

Begitu cepat masa berlalu, kedua-dua insan tersayang ini tidak dapat melihat hari kejayaan dan bersejarah dalam hidup saya, namun saya reda, katanya kini sudah bekerja sebagai pegawai operasi di sebuah syarikat logistik di Gelang Patah, Johor.

 

Kredit – HM

About admin2

Check Also

Lori Didakwa Tersangkut, Pemandu Lori Maut Dipercayai Ditimp4 Papan Tanda

Sorang pemadu lori maut dipercayai ditimpa papan tanda ketinggian lepas di sekitar kawasan perumahan Flat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.