Home / Makanan / Resepi Telur Dadar Gebu

Resepi Telur Dadar Gebu

Resepi Telur Dadar Gebu

 

Bahan-Bahan :

 

2 biji telur

Garam (secukup rasa)

Cili (dipotong)

Bawang besar (dihiris)

Mayonis

Minyak

 

Cara Membuat :

 

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk kemudian letakkan secubit garam.

 

2. Rahsia untuk menjadikan telur dadar gebu adalah mayonis. Masukkan mayonis ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Pastikan mayonis anda telah berada dalam suhu bilik kerana jika sejuk ia akan menyebabkan mayonis berketul.

 

3. Kemudian masukkan cili yang dipotong dan bawang besar. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti udang, daging ataupun isi ayam. Kacau semula untuk dua minit.

 

4. Panaskan minyak terlebih dahulu dan selepas kuali sudah panas tuangkan perlahan-lahan ke dalam kuali.

 

5. Apabila lapisan bawah sudah sedikit masak, terbalikkan telur tersebut ke bahagian yang lagi satu. Hidangkan.

 

resepibonda.com/resepi-telur-dadar-gebu/

 

Kredit : Resepi Harian

About admin2

Check Also

Resepi Nasi Ayam Sedap, Suri Rumah Wajib Cuba

Siap dah nasi ayam memikat hati suami ni😋 Saya share resepi nasi ayam ye Ayam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.