Home / Semasa / Usahawan Wanita Terjejas Boleh Dapat Dana Sebanyak 50,000 Mulakan Perniagaan, Ini Cara Mohon.

Usahawan Wanita Terjejas Boleh Dapat Dana Sebanyak 50,000 Mulakan Perniagaan, Ini Cara Mohon.

Pandemik yang melanda negara sememangnya memberikan pelbagai kesan kepada banyak pihak. Bukan itu sahaja, pelbagai bidang dan sektor turut terjejas ekoran beberapa penutupan yang dilakukan bagi mengawal jangkitan tersebut.

 

Dalam pada itu, golongan wanita juga turut terpalit dengan isu ini dan ada yang hilang pekerjaan dan secara tidak langsung pendapatan mereka turut terjejas. Walau bagaimanapun, tidak perlu khuatir kerana golongan wanita turut menerima berita baik untuk meneruskan kehidupan.

 

Bajet 2022 yang dibentangkan baru-baru ini oleh Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dirangka berdasarkan senario negara yang berada dalam era pandemik.

 

Banyak perkara penting diutamakan dalam bajet tersebut. Tidak ketinggalan fokus kepada para wanita. Ia disifatkan sebagai bajet yang mesra wanita dan keluarga.

 

Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui manfaat yang diberikan kepada golongan wanita dalam bajet 2022.

Program MyKasih Kapital

 

Program untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah ini, merangkumi bantuan asas modal perniagaan dan bimbingan serta latihan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian.

 

Untuk permohonan, layari https://yknm.org.my/bantuan-mykasih-kapital/

 

Program Kasih Suri Keluarga Malaysia

 

Memberi perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman dalam KWSP dan PERKESO, khusus untuk mereka yang berumur sehingga 55 tahun.

 

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri

 

TekunNita

 

Dana pembiayaan melalui TEKUN Nasional untuk usahawan wanita yang terkesan akibat pandemik.

 

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.tekun.gov.my/en/

 

DanaNita

 

Dana pembiayaan melalui MARA untuk usahawan wanita yang terkesan.

 

Untuk memohon sila layari https://www.mara.gov.my/en/index/ent-menu/support- facilities/ent-business-finance/dananita/

 

Program Pencegahan Kesihatan Wanita

 

Subsidi ujian mammogram kepada wanita berisiko tinggi serta ujian saringan kanser serviks.

 

Kit Asas Kebersihan Wanita

 

Kit asas kebersihan diri percuma setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.lppkn.gov.my/index.php/perkhidmatan– pembangunan-keluarga/1308-aplikasi-interaktif-remaja-mykafeteen

 

Woman On Board

 

Mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam. Cadangan ini dijangka berkuat kuasa pada 1 September 2022 bagi syarikat bermodal besar dan 1 Jun 2023 bagi syarikat tersenarai lain.

 

Cara Memohon DanaNita

 

Dua skop pembiayaan disediakan, meliputi modal pusingan dan pembelian mesin serta peralatan.

 

Syarat kelayakan:

 

Warganegara dan Bumiputera.

Berumur 18-60 tahun.

Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM).

Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)

Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Menjalankan perniagaan sepenuh masa

Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan

Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini

Perniagaan patuh Syariah dan bebas daripada senarai hitam MARA

Layari portal Sistem Permohonan Pembiayaan MARA HYPERLINK “https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx” untuk permohonan online.

Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.

Buat permohonan dan hantar permohonan

Cetak salinan permohonan dan hantar bersama dokumen sokongan ke pejabat MARA daerah yang berhampiran. Dokumen sokongan yang diperlukan boleh dirujuk disini https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/documentation/senarai_semak_pembiayaa n.pdf

Untuk maklumat lanjut, hubungi pejabat Mara Daerah yang terdekat atau layari http://aplikasi.mara.gov.my/MyUsahawan/

 

Kredit : Siakap Keli

About admin2

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.